Entri kali ini adalah sekadar untuk aku cuba-mencuba dan suka-suka saja. Percubaan aku untuk join sekali dalam ‘kerja sekolah untuk para blogger’ yang diberikan oleh Sifu Ijad. Dua hasil projek kerja sekolah beliau yang sebelumnya – Blogger Yang Tersepit dan Blogger Yang Terdesak – aku cuma boleh memerhatikannya sebagai silent reader saja. Tak yakin dan [...]
Setiap tahun seperti biasa, Petronas akan menyajikan kita dengan mesej-mesej yang disampaikan melalui iklan-iklan mereka. Dan seperti biasa juga, kebanyakan iklan-iklan mereka boleh membuatkan kita memberi ‘thumbs up’ kepada usaha mereka itu. Bersempena dengan Sambutan Kemerdekaan ke-53 tahun 2010 yang akan datang ini, Iklan Merdeka Petronas 2010 sudah mula memasuki tayangan di kaca televisyen anda [...]
Bermain dengan perasaan….. Segalanya berlalu dalam sekelip mata. Tanpa aku sedari, masa telah berjalan dengan pantas. Aku juga tahu permohonan yang aku buat menggunakan SPM yang lalu telah menerima maklum balas. Aku diterima untuk sambung belajar di sebuah institusi namun aku abaikan juga kerana aku juga rasa apa gunanya aku ada STAM tapi aku tidak [...]
* Klik untuk besarkan imej Aku pasti ramai yang sudah mendengar akan kes yang satu ini yang lahir daripada seorang pengguna laman sosial Facebook yang menamakan dirinya sebagai Salleh Gregor Samsa, yang kiranya memang hangat diperkatakan juga selepas kes Nor Azita Osman yang baru berlalu (entah dah tenang ke belum). Tak perlu diterangkan secara panjang lebar [...]
Info Dari Aat… Selang beberapa hari selepas aku mengambil result STAM di sekolah, aku mendapat maklumat daripada Aat berkenaan satu perjumpaan yang diadakan di Maahad Johor. Di dalam perjumpaan ini, mereka yang hadir akan diberikan penerangan berkenaan pengurusan pengajian ke Universiti Al-Azhar. Penerangan ini disampaikan oleh seorang pendidik di Maahad Johor itu sendiri yang aku [...]
Salam Ramadhan buat semua pembaca! Takde benda pun nak dikatakan sangat. Semoga kita semua dapat memeriahkan dan menghiasi bulan Ramadhan ini dengan pelbagai amal ibadah yang dilipat gandakan ganjarannya. Tapi jangan hanya pada Ramadhan saja kita rajin-rajin beramal yer. Bulan-bulan yang seterusnya juga perlu diteruskan untuk beramal. Sekali lagi, salam Ramadhan buat anda semua, selamat [...]
Masa tengah round-round dari blog ke blog blogger yang lain, terbaca satu entri yang bagi aku amat baik untuk dikongsi bersama. Sebuah entri yang cukup bermotivasi hasil nukilan Hilal Asyraf. Mari sama-sama kita menghayatinya. Motivasi: Perempuan
Entri kali ini adalah sekadar untuk aku cuba-mencuba dan suka-suka saja. Percubaan aku untuk join sekali dalam ‘kerja sekolah untuk para blogger’ yang diberikan oleh Sifu Ijad. Dua hasil projek kerja sekolah beliau yang sebelumnya – Blogger Yang Tersepit dan Blogger Yang Terdesak – aku cuma boleh memerhatikannya sebagai silent reader saja. Tak yakin dan tak berani jer nak buat.
Ramai blogger yang menyiapkan dan menyerahkan kerja sekolah mereka kepada Sifu Ijad. Aku pula sangat kagum bila melihat hasil kerja mereka. Karya-karya mereka membuatkan aku tersepit dalam kehebatan mereka berkarya. Ianya juga membuatkan aku terdesak untuk terus membaca sehingga habis bagi menikmati dan merasai setiap kehebatan yang terpalit dan terulit di dalam karya-karya mereka. Cewahh2!! Pe sajeee aku ni. Nak juga menyelit dengan tersepit dan terdesak ni. Muahaha!
Setiap tahun seperti biasa, Petronas akan menyajikan kita dengan mesej-mesej yang disampaikan melalui iklan-iklan mereka. Dan seperti biasa juga, kebanyakan iklan-iklan mereka boleh membuatkan kita memberi ‘thumbs up’ kepada usaha mereka itu.
Bersempena dengan Sambutan Kemerdekaan ke-53 tahun 2010 yang akan datang ini, Iklan Merdeka Petronas 2010 sudah mula memasuki tayangan di kaca televisyen anda yang dibawakan khas oleh kumpulan Petronas…ecehh!!
Iklan Merdeka Petronas kali ini diberi tajuk Kereta Buruk (buruk mana yer keretanya?). Di akhir iklan ini akan terpapar mesej “Kekuatan Sebenar Kita Terletak Pada Hati”. Tapi apa yang pasti, itu ialah mesej yang terpapar. Itu saja ke? Ada mesej-mesej lain? Semestinya ada banyak lagi benda-benda yang boleh dikupas dan diambil daripada Iklan Merdeka Petronas ini dan ia terpulang kepada anda – bagaimana anda mentafsirkan dan memahaminya.
Tahniah kepada team yang membuat Iklan Merdeka Petronas 2010 ini.
Agency: Leo Burnett Malaysia
Film Director: Hafiz Ibrahim
Creative Directors: Tan Yew Leong/ Ali Muhamad
Art Director: Tan Yew Leong
Copywriter: Sheikh Azraai Azmi
Production Company: Chilli Peppers
Senior Producer: Michelle Fung
Other credits: Mohd Effendy Harjoh, Raja Affandi Jamaludin
Segalanya berlalu dalam sekelip mata. Tanpa aku sedari, masa telah berjalan dengan pantas. Aku juga tahu permohonan yang aku buat menggunakan SPM yang lalu telah menerima maklum balas. Aku diterima untuk sambung belajar di sebuah institusi namun aku abaikan juga kerana aku juga rasa apa gunanya aku ada STAM tapi aku tidak menggunakannya. Oleh itu, aku mengharapkan juga permohonan aku melalui STAM menerima maklum balas yang baik.
Namun, dalam aku menunggu ini, aku selalu bayangkan bagaimana agaknya kalau aku belajar di Universiti Al-Azhar itu. Walaupun sebelum ini aku selalu juga mendengar kisah ustaz-ustaz aku dan senior-senior aku yang belajar di sana, tapi waktu itu hanya mendengar sekadar suka dan tiada keinginan untuk ke sana. Tapi, di kala waktu ini, aku merasakan sesuatu kelainan dalam mainan perasaan aku. Andai aku mengimbau kembali cerita-cerita mereka itu, aku seperti tertambat dengan jambatan perasaan yang menghubungkan aku di sini dan hujungnya di sana. Sedikit demi sedikit, lahir akan keinginanku untuk ke sana.
Aku pasti ramai yang sudah mendengar akan kes yang satu ini yang lahir daripada seorang pengguna laman sosial Facebook yang menamakan dirinya sebagai Salleh Gregor Samsa, yang kiranya memang hangat diperkatakan juga selepas kes Nor Azita Osman yang baru berlalu (entah dah tenang ke belum).
Tak perlu diterangkan secara panjang lebar pun pasti anda faham dengan hanya membaca saja statusnya di atas yang disambut meriah teman-temannya itu. Uhq. Apalah nak jadi. Tapi memang begitulah realitinya yang terjadi sekarang ini, di negara kita ini, dan tidak mustahil juga di mana-mana yang berada di atas muka bumi Allah yang Maha Pemurah ini. Yang ini hanyalah secebis dari realiti itu.
Selang beberapa hari selepas aku mengambil result STAM di sekolah, aku mendapat maklumat daripada Aat berkenaan satu perjumpaan yang diadakan di Maahad Johor. Di dalam perjumpaan ini, mereka yang hadir akan diberikan penerangan berkenaan pengurusan pengajian ke Universiti Al-Azhar. Penerangan ini disampaikan oleh seorang pendidik di Maahad Johor itu sendiri yang aku kenalnya sebagai Ustaz Ariff. Beliau memang sudah berpengalaman dalam menguruskan pelajar-pelajar yang hendak menyambung pengajian di sana.
Salam Ramadhan buat semua pembaca! Takde benda pun nak dikatakan sangat. Semoga kita semua dapat memeriahkan dan menghiasi bulan Ramadhan ini dengan pelbagai amal ibadah yang dilipat gandakan ganjarannya. Tapi jangan hanya pada Ramadhan saja kita rajin-rajin beramal yer. Bulan-bulan yang seterusnya juga perlu diteruskan untuk beramal. Sekali lagi, salam Ramadhan buat anda semua, selamat berpuasa dan JOM!! Tarawih malam nie….
Masa tengah round-round dari blog ke blog blogger yang lain, terbaca satu entri yang bagi aku amat baik untuk dikongsi bersama. Sebuah entri yang cukup bermotivasi hasil nukilan Hilal Asyraf. Mari sama-sama kita menghayatinya.