Archive for June, 2010

Mencari Bahana Di OCH Singapore

Wednesday, June 30th, 2010

Adakah anda pernah mendengar cerita tentang OCH di Singapore ini..?? Mungkinkah anda juga pernah menjejakkan kaki ke sana..??? Bagi yang pernah, pasti mereka tahu akan cerita-cerita disebalik bangunan yang tersegam seperti yang tertera di atas. Bagi mereka yang tidak pernah datang menjenguk dan menghidu aroma bayu di OCH ini atau mendengar cerita dan kisah tentangnya, teringin untuk aku khabarkan kisah dan pengalaman aku yang menjadi secebis dan sekelumit daripada ratusan dan mungkin ribuan cerita tentangnya.

(more…)

Berakhirnya Bengkel Blogging….

Monday, June 28th, 2010

Hahaii….tamat sudah semalam bengkel blogging bersama abang Shaffik dan abang Nuaeman dan juga abang Rohaizad walaupun dia cuma datang hari pertama jer…hukhuk:(

Rasa macam nak tergelak pulak tengok dah ada blog sendiri nie….amek ko…tersenyum-senyum kambing sekarang nie….hahaha. Mula lar tu nak merepek meraban aku nie…:D

Abis bengkel, abang Zawawi (sama-sama belajar kat bengkel blogging ngan aku) tolong hantarkan kat Larkin. Terima kasih yer abang Zawawi tolong hantarkan dan terima kasih untuk pasal time tu jugak…hehehe

Naik bas around lepas Maghrib gitu..akhirnya aku bertolak meninggalkan JB menuju ke kampung halamanku yang telah lama ditinggalkan…Cewahhh-cewahh!!! Padahal baru jer 2 hari lebih kurang…Haahax

Buat sekian kalinya, Munir ucapkan trimas kepada semua abang2 di bengkel blogging kerana membantu diri ini sehingga terhasilnya blog nie…U GUYZ MEMANG SPORTING!!!!! :D

Juga kepada peserta bengkel blogging yang lain…kepada Ibu Patimah, Akak Baizura dan abang Zawawi, seronok dapat berkenalan dengan anda semua…:)

Hish!! Hidung nie nak berair lagi…bukan pe…lepas balik dari bengkel sampai sekarang terasa macam nak selesema pulak…hepy sangat sampai leh jatuh sakit kot…hahaha!!!

SALAM…

Version-Version Lain Dalam Lagu Theme FIFA -”Waving Flag”

Monday, June 28th, 2010

Tak meriah rasanya kalau satu-satu acara tu tak dihidangkan dengan persembahan-persembahan sampingan seperti nyanyian ke, lakonan ke, atau apa-apa jer laaa….orang yang nak buat majlis perkahwinan pun kalau boleh mesti nak ada karaoke atau apa-apa jer asal majlis tu tak nampak suram dan sunyi semacam kan….( p/s: adalah dulu aku pergi satu tempat orang kahwin tu, fuhhh..dia punya speaker tak mou kalah beb..siap pasang speaker yang macam bentuk kon tu menghadap ke langit..haha. Nie betul-betul nak kasi gempak majlis die.) So, apakan lagi majlis-majlis yang cukup besar. Amek jer contoh macam AIM, ABPBH dan sebagainya…tak kan penonton cuma menonton penyampaian anugerah kepada pemenang jer….sebab itulah adanya juga persembahan-persembahan daripada artis-artis lain, tak kurang juga pengacaranya. Mempelbagaikan kreativiti dalam penyampaiannya agar tak lesu dan jemu orang mendengar dia berceloteh.

(more…)

Lee Chung-Yong & Lee Chong Wei…Pe Cer??

Sunday, June 27th, 2010

Haish…Baru jugak lar lepas menonton perlawanan malam nie. URUGUAY vs KOREA REPUBLIC…

Menyaksikannya secara life dari Restoran Osman at Bandar Baru Uda menerusi siaran ASTRO SUPERSPORT…aksi-aksi perlawanan yang cukup mendebarkan. Cewahhh!! Macam paham jer aku nie…Hahax

Penuh dan sesak jugak lar Restoran Osman nie. Siap ada yang menonton duduk kat diorang punya motor jer coz tak cukup kerusi nak duduk..huhu. Kebanyakannya atau boleh lar aku katakan semua yang hadir nie menyokong Korea. Haha…semangat Asia!!

Starting dengan gol dari Uruguay. Terpampang wajah-wajah yang dukacita, tak puas hati dan macam-macam lagi.

Sampai lar part yang boleh lar aku katakan huhahuha..(debar-debar). YEAH!!! GOL!!! Pergh!!!! Aku rasa macam nak bergegar jer restoran mamak nie…nak bergegar jugak lar jantung aku terkejut ngan jerit-pikuk semua yang hadir…haha. Yeah..That’s right. Jaringan gol dari Lee Chung-Yong from Korea Republic menjadikan mata seri di kala ini..1-1.

Dalam-dalam riuh tu ada lar mamat mana lak yang bila nampak nama Lee Chung-Yong tu terpapar kat skrin, dia boleh pulak cakap Lee Chong Wei!! Muahaha…tergelak-gelak jugak lar aku ngan beberapa orang yang mendengarnya…hahaii. Apa kena pulak ngan Lee Chong Wei?? Hmmm…tersasul sebut agaknya lar. Tapi nama diorang pun macam lebih kurangkan. Dua-dua pun terlibat ngan sukan. Sorang bola sepak, sorang lagi bola tangkis…haha. Badminton..lolz. Leh lar lepas nie sape-sape yang berkenaan buat sesi fotografi ke, atau apa-apa sesi yang bersisi menarik untuk menemukan dua bintang sukan nie.

Tapi almaklumlah…semua yang gembira tu tak lama mana pun. Mesti tau kan. Hmmmz…Yupz!! Korea tewas jugak akhirnya dengan mata 2-1. Nasib badan laaaa…

Match yang lain pulak entah bila aku leh tengok sebab aku nie bukannya selalu sangat tengok bola. Yang nie pun kebetulan jer tengok sebab nak menompang Wi-Fi kat restoran nie…hahaha!!

Uhq…dah lewat pulak nie. Nanti tak cukup tidur pulak. Melepas pulak nanti peluang aku untuk menimba ilmu daripada abang Shaffik, abang Nuaeman & abang Rohaizad. Actually, pagi tadi aku baruuu jer masuk bengkel blogging diorang dan baruuu jer lar ada blog aku nie. Ewah-ewah..pagi tadi baru belajar cikit, malamnya dah nak memosting-posting pulak Munir nie….hahaha. Thanks bro-bro semua…hahax. Tak abis menuntut lagi tu. Besok pagi ada lagiii….rugi wooo kalau tak datang. Ok..mau chow-cincau duluuu… Salam.

Lahirnya Blog Pertamaku….!!!

Saturday, June 26th, 2010

Impian aku untuk memiliki sebuah blog akhirnya tercapai juga….WooHoo!!!