Archive for July, 2010
Sunday, July 25th, 2010
Result ohh result…..

Mac, 2010
Sudah lama berlalu hari terakhir aku mengambil STAM. Namun hari ini tiba seperti tiba-tiba…haha! Macam tak terasa masa berlalu dengan pantas. Kenapa dengan hari ini pula? Yupz! Hari ini adalah hari terakhir pula aku menunggu keluarnya result STAM yang diambil tahun lepas. Berdebar-debar jer nak tunggu keesokan harinya. GULP!! Entah apa yang aku akan dapat nanti dalam result tu. Gagal ke? Lulus ke? Gagal ke? Haihh!! Bertambah resah aku memikirkannya.
Sangatlah malang juga kerana aku tidak dapat pergi ke sekolah esok untuk mengambil result tersebut. Kebetulan pula esok aku ada test dengan JPJ. Aku hanya kena menunggu panggilan daripada mana-mana rakan kelas aku yang pergi mengambil result esok sajalah…heh!
(more…)
Tags: al-azhar, cairo, kaherah, mesir, peperiksaan STAM, result stam, road to al-azhar, stam, universiti al-azhar
Posted in RoAd To Al-AzHaR, CaiRo | 3 Comments »
Friday, July 23rd, 2010
Kyahhhhhhh!!!!! Exam STAM Sudah Mariiiiii!!

Haiyaaa!! Pejam celik pejam celik, tengok-tengok dah sampai tarikh exam STAM aku. Macam tak terasa jer masa nie berlalu dengan pantas. Yang aku nie pula, entah dah betul-betul bersedia ke belum nie nak masuk dewan peperiksaan besok. Kalau boleh macam nak masa nie di panjangkan lagi sehingga ke tahun depan supaya aku boleh belajar, menghafal, mengerti sebelum jawab paper STAM nie. Tapi kalau dipanjangkan sekali pun, belum tentu aku nie belajar betul-betul. Entah-entah sama jer macam tahun nie. Awal tahun punyalah azamnya kukuh mahu belajar bersungguh-sungguh untuk STAM nie, tapi makin lama makin hampeh dan lebur juga azam tu. Habis lubang sana sini azam yang ditanam itu…hahaii~
(more…)
Tags: al-azhar, cairo, kaherah, maahad johor, mesir, peperiksaan STAM, universiti al-azhar
Posted in RoAd To Al-AzHaR, CaiRo | No Comments »
Tuesday, July 20th, 2010
Wahhhh!! Penatnyaaaaaa………

2 minggu sebelum Hari Guru (2009)
“Assalamualaikum. Ustaz nak mintak pelajar STAM tolong handlekan Sambutan Hari Guru tahun nie boleh yer? Kitorang guru taknak campur apa-apa, just datang and relex.” Dengan selambanya Ustaz Anuar singgah depan pintu kelas dan menyampaikan pesanan ringkas tersebut.
“Pe lagi Munir, kau lar yang jadi Pengerusi. Kitorang bukan reti sangat nak buat benda macam nie. Kitorang tolong-tolong jadi AJK jela ok.” Lebih selamba lagi kawan aku sorang nie.
Wahhhh!!! Tak pasal-pasal aku dilantik secara tak rasmi. Suruh budak-budak kelas aku nie, semua main tolak-tolak. Siap bagi alasan macam-macam. Kalau aku pun nak tolak, dah takde oranglah jawabnya nak bertanggungjawab dengan benda nie. Alamatnya, malulah kitorang sebagai pelajar paling senior dengan semua guru. Nak taknak kena jugalah aku terima. Heh!
(more…)
Tags: al-azhar, cairo, hari guru, kaherah, peperiksaan STAM, persembahan hari guru, road to al-azhar, stam, universiti al-azhar
Posted in RoAd To Al-AzHaR, CaiRo | 2 Comments »
Friday, July 16th, 2010
Aku Dan STAM……….

(huiihh…gambar kat atas bukan kelas aku oitt….hahax)
Kelas pertama bermula pada ?? / 3 / 2009….. (haha.. x ingat )
Kelas STAM aku telah berjalan seperti mana biasanya kelas-kelas pelajar yang lain juga. Cuma taraf pendidikan je yang membezakan kitorang. Kiranya sudah menjadi senior di sekolahku ini. Cehh!! Belajar baru takat mana dah nak over. Hahaiii!!!
Kelas aku tak mempunyai ramai pelajar. Cuma ada 8 orang sahaja. Cikitkan..? Daripada 8 orang nie hanya ada 3 orang pelajar lama iaitu aku sendiri, Farhat (A’at) dan Hafiz (Apis). 5 orang yang lain baru saja masuk sekolah nie tahun nie dan daripada itu, 2 orang pelajar perempuan dan selebihnya lelaki.
(more…)
Tags: al-azhar, belajar, cairo, kaherah, maahad johor, mesir, munir, munirworld, munirworld.com, peperiksaan STAM, stam, universiti al-azhar
Posted in RoAd To Al-AzHaR, CaiRo | No Comments »
Thursday, July 15th, 2010

Wahhh!!! Tamat juga akhirnya Showdown 2010 yang berlangsung di KL Live dan bersiaran langsung di skrin 8TV. Aku takdelah sampai ada kat KL Live tu, cuma tengok kat 8TV tu jer…huhu. Tapi kalau dilihat dari skrin tv tu memang riuh, sesak dan gempak habis diorang yang datang tu tanda memberi sokongan kepada crew-crew kesukaan diorang.
(more…)
Tags: 8tv, floor fever, giller battle crew, kl live, showdown, showdown 2010, the final showdown 2010, wakaka crew
Posted in HiBuRaN | 1 Comment »
Wednesday, July 14th, 2010
Bermulanya sebuah perjalanan yang tak disangka………..

Akhir tahun 2008 merupakan berakhirnya sesi persekolahan aku sebagai pelajar tingkatan 5 di Sekolah Menengah Islam At-Tahfiz atau namanya in arabic Maahad Al-Islami Lit-Tarbiyah Wat-Tahfiz yang terletak di Taman Mawar, Pasir Gudang, Johor Darul Takzim. Dan sudah semestinya ia merupakan tahun aku mengambil SPM. Wahh!! Dah nak tamat dah zaman persekolahan aku. Lepas nie cuma nak tunggu result SPM keluar sambil-sambil memohon mana-mana IPT di Malaysia nie. Harap-haraplah result aku tu cukup baik kerana aku tahu, aku bukanlah pelajar yang cemerlang mana pun.
Masih lagi terngiang di telinga kata-kata Ismail ketika itu yang mengajak aku untuk memohon kemasukan ke Maahad Johor (sebuah instituisi pengajian di Johor) bagi mengambil peperiksaan STAM (Sijil Tinggi Agama Malaysia) pada tahun hadapannya dalam tingkatan 6.
(more…)
Tags: al-azhar, cairo, kaherah, maahad johor, maahad tahfiz, mesir, pasir gudang, stam, universiti al-azhar
Posted in RoAd To Al-AzHaR, CaiRo | 2 Comments »
Wednesday, July 7th, 2010

Manusia merupakan makhluk yang sangat istimewa. Istimewanya itu dalam pelbagai perkara. Didatangkan bersama manusia itu akal untuk berfikir yang tiada pada makhluk-makhluk yang lain. Berfikir untuk berbagai-bagai perkara, dari diri sendiri sehingga untuk orang lain juga. Jika disebut pada darjat pula, darjat manusia ini boleh jatuh sehingga yang terbawah tetapi darjatnya juga boleh melebihi daripada darjat malaikat yang sememangnya mulia. Banyak lagi keistimewaan yang ada pada diri makhluk yang bernama manusia ini. Dan seharusnyalah diri mereka yang bergelar manusia itu mensyukuri diri mereka. Siapa lagi manusia itu jikalau bukan kita ini?
Sudah namanya manusia itu makhluk, maka biarpun kita ini adalah makhluk yang istimewa, kita tetap bukan yang sempurna kerana sempurna itu hanya milik Allah S.W.T sahaja.
(more…)
Tags: bertaubat, gambar kucing, orang bertaubat, orang salah, orang yang bersalah, taubat
Posted in Ad-DiNiYYaH | 11 Comments »