* Klik untuk besarkan imej
Aku pasti ramai yang sudah mendengar akan kes yang satu ini yang lahir daripada seorang pengguna laman sosial Facebook yang menamakan dirinya sebagai Salleh Gregor Samsa, yang kiranya memang hangat diperkatakan juga selepas kes Nor Azita Osman yang baru berlalu (entah dah tenang ke belum).
Tak perlu diterangkan secara panjang lebar pun pasti anda faham dengan hanya membaca saja statusnya di atas yang disambut meriah teman-temannya itu. Uhq.
Apalah nak jadi. Tapi memang begitulah realitinya yang terjadi sekarang ini, di negara kita ini, dan tidak mustahil juga di mana-mana yang berada di atas muka bumi Allah yang Maha Pemurah ini. Yang ini hanyalah secebis dari realiti itu.
Mempertikaikan segala macam tentang Islam? Mempertikaikan tuntutan yang dituntut untuk dilaksanakan? Kemudian sesuka hati dan beria-ria ingin membuat fahaman, kitab dan sebagainya semata-mata untuk memenuhi keinginan dan kepuasan diri? Adehhh!! Bukan saja akidah yang hancur malah terserlah kecetekan pemikiranmu.
Tapi mungkin mereka ini masih lagi tertutup pintu hatinya untuk menerima hidayah Allah. Sama-samalah kita doakan untuk mereka ini. Mudah-mudahan mereka sedar akan segala nikmat yang Allah kurniakan kepada mereka. Dari mereka lahir ke dunia ini sehingga di kala waktu ini, berbagai-bagai nikmat telah diberikan kepada mereka dan Allah hanya meminta mereka untuk melaksanakan apa yang diperintahkan saja dan apa yang diperintah itu juga untuk kepentingan mereka sendiri juga dan Allah itu tidak rugi walau sedikit pun sekiranya mereka tidak melakukannya.
Seperti yang Salleh itu kata, “I have my own god”. Hrmmm… Sehebat dan semulia mana tuhan yang kamu sangka dan percaya itu jika dibandingkan dengan Allah yang memberi kamu oksigen ‘free of charge’ sejak lahir sampai sekarang tanpa meminta bayaran sesen pun dari penggunaan salah satu harta milik-Nya itu? Dan begitu juga dengan pinjaman-pinjaman lain yang diberikan-Nya bagi menggerakkan, melancarkan, menyelaraskan dan menyempurnakan kehidupan kamu. Tidak cukupkah semua itu sebagai bukti keunggulan-Nya sebagai tuhan yang seharusnya bertakhta di hati kamu?
Uhq…sekiranya kalam-kalam Allah (Al-Quran) tidak dapat untuk dia menerima yang terbukti di dalamnya tersirat pelbagai tanda kebesaran Allah sama ada yang telah diketahui atau belum, maka gunakanlah akal yang telah dikurniakan juga oleh Allah S.W.T itu untuk mencari kebenaran yang terbentang di depan mata. Siapa kata untuk mengenali dan mempercayai Allah itu hanya dengan mempelajari bidang-bidang agama saja? Nabi Allah Ibrahim dahulu sebelum dilantik menjadi Nabi mencari dan mengenali tuan punya alam ini dan segala isinya dengan memerhati dan berfikir dengan akalnya secara logik akan setiap perkara yang terjadi di depan matanya. Kemudian dari itu lahirlah kepercayaannya akan kewujudan Allah, memperakui kebesaran dan kehebatan Allah serta keimanannya kepada Allah. Dan tidakkah kamu mendengar akan kisah bagaimana mereka yang terdiri dari golongan bijak pandai beriman kepada Allah setelah mereka mendapati sendiri kebesaran Allah dalam kajian yang mereka lakukan sendiri yang bukan hanya membuka mata mereka sahaja malahan mata hati mereka juga.
Sekali lagi, sama-samalah kita berdoa agar mereka yang seperti ini akan disinari dan dibukakan hatinya untuk hidayah Allah. Semoga Ramadhan ini akan mendampingi, mengiringi dan mencambah sinar yang hilang dari hati mereka. Dan mudah-mudahan iman kita yang sedia ada ini terpelihara dan akan semakin meningkat searus dengan peningkatan masalah di zaman ini. Insya Allah…amin.
No related posts.
Related posts brought to you by Yet Another Related Posts Plugin.
Tags: cebisan dari, cebisan dari realiti, facebook, gregor, hina agama islam, islam, Nor Azita Osman, ramadan, ramadhan, realiti, saleh grego samsa, saleh gregor samsa, salleh, salleh grego samsa, salleh gregor samsa, samsa, tak berpuasa

memang dah famous si salleh ni…
doa kita semoga beliau tidak terusan hilang arah dan moga iman kita pun terpelihara
Kalau nak tahu, cikgunormah@klcitizen baru saje menconteng rumahnya dengan… Best
begitulah hendaknya…aminn!!
Astarafirullah’halazim.
Kami di sini terdengar cerita, dan telah melihat sendiri gambar yang membuktikan yang Salleh telah dibantai, dan dari cerita yang kami dengar, dia telah pun kembali.
Inikah sebenarnya, dakwah yang kalian cuba sampaikan? Saya dan rakan-rakan yang segelintir besarnya pernah mengaji di salah sebuah institusi pendidikan Islam terbesar dan terkenal di dunia, sememangnya kesal dengan apa yang berlaku.
Kami di sini, pernah menghubunginya sebaik isu ini terbangkit dan kami boleh katakan bahawa mereka yang mengatakan Salleh ini tak menjawab mesej-mesej mereka adalah tipu. Kerana kebanyakkan kami di sini, menerima balasannya. Dan sesungguhnya, dia dengan hormat sekali, menjawab segala persoalan yang kami ajukan. Dia juga ada memberikan pendapatnya sendiri.
Kali terakhir kami mendengar berita dan khabar darinya adalah sebelum dia berangkat ke salah satu madrasah yang kami cadangkan padanya kerana kami tahu, hal ini hanya boleh dibincangkan oleh orang-orang yang waras, dan bukannya di blog seperti ini.
Sebagai seorang saudara Muslim, saya juga percaya kepada Allah s.w.t dan saya percaya akan Nabi Muhammad s.a.w dan kitab yang diturunkanNya. Dan, sesungguhnya untuk kami di sini Salleh hanyalah seorang manusia, yang mencari akan kebenaran tentang sesuatu.
Tetapi, kalian (terutamanya, yang pertama sekali mengambil salinan kata-katanya) adalah sebenarnya orang dan golongan yang menghina Islam.
Hal ini tidak perlu digembar-gemburkan di mana-mana. Cukuplah sekadar kita menasihatinya secara baik. Pada awalnya, dia tak menutup blog dan akaun FB nya tetapi, bila terlalu ramai yang datang menyerang dengan ayat-ayat bodoh, dia mengambil keputusan untuk menutupnya. Dan, dia ada fowardkan kepada kami kebanyakkan mesej yang diterimanya itu.
Jujur, kami di sini sangat kecewa dengan tindakan kebanyakkan kalian yang menggunakan nama Islam untuk menjadi seperti hero. Sedangkan, ini adalah urusan antara dia dan Allah. Bukan tugas kita untuk menjatuhkan hukuman kepadanya.
Sebelum pemergiannya ke Madrasah, dia ada menghantar pesanan kepada saya, dan beberapa rakan yang lain dan memberitahu bahawa jika benar Islam itu, dia sendiri tak akan malu untuk mengucapkan kalimah Syahadah. Alhamdulilah kerana dia sudah pun berniat. Tetapi, apa cara yang kami gunakan? Adakah kami terus menghentamnya di blog-blog dan menuduh yang macam-macam mengenainya?
Salleh cuma inginkan kebenaran. Dia tak mahu menganuti sesuatu yang takj difahaminya. Dan, sesungguhnya bukan dia yang menghina Islam. Dia hanyalah manusia yang sedang belajar tetapi, kalian yang kebanyakkan. Kerana kalian dengan senang sekali mengajak orang lain untuk membuat umpatan tentang dirinya, tentang ibu bapanya. Dan kalian dengan jelas sekali adalah menghina imej Islam.
Pada pendapat saya, lebih baik kiranya kita memahami Islam itu sendiri sebelum kita mengamalkannya, bukan? Kerana bila kita mengenalinya dengan jelas, maka kita akan sedar tentang realitinya.
Bagi saya, saya setuju dengan Salleh yang ingin belajar. Dia bukanlah penganut yang membuta-tuli mengaku dirinya Islam tetapi, di dalam masa yang sama melakukan dosa-dosa yang mungkin lebih teruk dari Salleh.
Sedih kami mendengarkan berita tentang pemergiannya. Jika benar, maka kalian telah menyedarkan kepada ramai manusia bahawa kalian bukanlah berdakwah sebenarnya. tetapi, hanyalah melepaskan ego.
Saya mengharapkan yang saudara Salleh sempat mengucapkan kalimah Syahadah.
mohd_irfan77@yahoo.com
Saya sangat berbesar hati sekiranya masih ada orang yg seperti saudara ini. Alhamdulillah sekiranya benar apa yg saudara katakan itu bahawa Salleh mempunyai niat seperti itu.
Dan jika benar juga apa yg saudara katakan ttg keadaan Salleh ketika ini, saya juga seperti saudara berharap yg Salleh sempat mengucapkan kalimah syahadah.