Al-Fatihah Untuk Ibumu, Sahabatku…

??

7 April 2011….Tarikh itu adalah hari pertama aku dan sahabat-sahabatku masuk ke kuliah selepas pulang ke Mesir semula. Rasanya tidak sampai beberapa jam duduk dalam kelas, tiba-tiba seorang sahabatku, Zulqarnian (Zack)mendapat panggilan dari kakaknya di Malaysia. Khabar yang diterimanya itu amat memeranjatkan.

“Ibu dah meninggal dunia…”

Siapa yang tak tersentak tiba-tiba dikhabarkan sebegitu. Zack pada awalnya mengagak yang kakaknya itu bergurau sahaja. Gurauan yang sangat melampau pada fikirannya. Tapi setelah diyakinkan sekali lagi oleh kakaknya, air mukanya betul-betul berubah.

Keluar dari kelas, terus menuju ke bilik air, cuba menenangkan perasaan yang berkecamuk di dalam dada. Selepas itu, dia terus pulang.

Takdir Allah itu memang tak terduga. Apa yang aku tahu, ibunya sihat sahaja. Cuma tengah hari itu, ibunya terjatuh di dalam bilik air dan terus tidak sedarkan diri. Kemudian terus disahkan telah meninggal dunia. :(

Aku juga tumpang bersedih dengan situasinya sekarang ini. Namun mungkin tak dapat dibandingkan dengan apa yang terpendam dalam hatinya kerana aku bukan berada di tempat dia. Apa-apa pun, aku berharap dia akan tetap bersabar, tabah, bertenang dan redha menerima ujian dan dugaan ini.

Terharu juga bila tengok dia post status kat Facebook: “??xdpt dgar suare, xdpt tgok..xdpt mintak ampun….al-Fatihah untuk ibuku….” :(

Takziah daripada aku sebagai seorang sahabat. Insya’Allah ibumu tergolong dalam golongan orang-orang yang solehah. Al-Fatihah….

No related posts.

Related posts brought to you by Yet Another Related Posts Plugin.

Tags: , , , ,

No Comments

(Required)
(Required, will not be published)

Conteng Ape Baru-Baru Nie??