Hero Melayu Terakhir di Mesir???

Malang itu memang tidak berbau, tidak terhidu, tidak, tidak dan tidak…??

Alkesahnya pada Jumaat yang lepas, ketika rumah tengah kosong (tengah solat Jumaat), hadirlah 2 makhluk berbangsa Arab ini membuat kerja dengan lincahnya. Diselongkarnya semua bilik yang ada dengan lahapnya. Laptop, hard disk, kamera, MP3, handphone dan duit siap-siap untuk dibawa keluar dari rumah. Siap guna beg kitorang untuk packing laptop-laptop. Rasanya satu beg itu diisi dengan 4 biji laptop kalau tak silap. Huhhhh!!! Betul-betul nak sapu bersih diorang nie. >:(

Oppsss!!! Tapi “langkah kiri”lah korang hari itu. Andai katalah korang adalah perompak yang sama di Rumah Negeri yang lain (yang tidak dapat dikesan), memang nahaslah korang datang ke Rumah Johor kali ini…huhhhh!!! :D

Movie start in 3, 2, 1, ACTION…!!!

2 Arab ini sudah mula turun ke tingkat bawah menuju ke pintu keluar Rumah Johor bersama dengan beg-beg yang penuh dengan barangan berharga. Tapi malang itu memang tak berbau, boleh pula terserempak dengan pelajar -pelajar perempuan yang kebetulan melalui tangga itu juga. Ada yang menjerit dan ada yang spontan menarik dan merebutĀ  kembali beg-beg tersebut (Fuyooo!! Beranilah sei!! Tabik spring sama korang!!). Mungkin kerana gelabah dan terkejut + takut lagi, akhirnya diorang lepaskan beg-beg itu kecuali satu beg saja (mestilah taknak pulang dengan tangan kosong kan?) dan bersedia untuk lari.

Opppsss!!! Tapi memang malang itu suatu yang tak terhidu. Kebetulan time ini solat Jumaat sudah habis (ada yang kata solat Jumaat hari itu macam cepat sedikit pula habisnya. Kebetulan?). Antara pelajar lelaki yang terawal sampai ke perkarangan Rumah Johor ialah seniorku, Ustaz Shamsul atau famous dikalangan kitorang dengan gelaran Brother Sam. Dia dengar pelajar perempuan terjerit-jerit kata “pencuri”. Walaupun tengah terpinga-pinga bak orang yang ‘selenga’, dia terus lincah masuk ke perkarangan Rumah Johor. Apalagi, bertembunglah dia dengan 2 ArabĀ  yang sedang bertungkus lumus menuruni tangga. Dengan masih dalam keadaan berkain pelikat…Wachaa2!! Bedebukk!! Sebiji di muka kau. Bedebukk!! Sebiji lagi untuk kau. Fuhh!! Tapi larat lagi diorang berdua melarikan diri. Siap jatuhkan rak kasut lagi untuk menghalang Brother Sam.

Ingat aku pakai baju pink ni lembik? Jambu?

Sekali dia bagi silat maaa!! Wachaa! Wachaa! Cayalah sama Brother Sam!! hahakz :D

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Selepas berjaya melengahkan Brother Sam, salah seorang dari Arab itu ditumbuk pula oleh seorang lagi senior aku, Ustaz Shafiee. Wahhh!! Masih tetap laju lagi larinya (dah ketinggalan sedikit dari membernya). Seorang lagi berjaya melayangkan (kaki atau tangan tak dikenalpasti), masih kuat lagi untuk berlari. Memanglah Arab. Agaknya memang tak lut langsung agaknya…hahaha!!

2 Arab ini sudah hampir ke tempat motor yang diorang parking. Brother Sam yang di belakang terjerit-jerit menyebut “Haramy!! Haramy!!” (pencuri!! pencuri!!). Untuk sekian kalinya, malang itu tak terbau dan tak terhidu dan yang sewaktu dengannya. Boleh pula jalan ke motor diorang berdua itu ialah jalan yang sedang dilalui oleh penghuni rumah yang telah diorang jadikan mangsa…hahaii!! Memang time tu umpama “sudah jatuh ditimpa tangga” dan “keluar mulut buaya, masuk mulut harimau” (hahaha..betul ke aku punya peribahasa ni?).

Dan secara tiba-tiba, 2 orang hero telah join the scene..Woohooo!! Salah seorang perompak itu memang tak bernasib baik langsung bila terserempak dengan 2 mamat ini.

Azfar-Chef Western Food nie..haha!! Bukan setakat leher ayam je dia "mencekik"..leher si Arab pon dicekiknye...hahaii!!

Hasif- Amacam hero sorang nie? Ganas tak? Ada macam hero "My Boss My Hero" tak? (cite favourite dia sampai rambut pon nak buat ala-ala dia) Bhahaha!!

 

Hasif (masa kecik) - Mana tak tergolek Arab tu dibuatnya..Master Taekwando laa lawan dia..jangan main-main maaa!! hahakz!!

 

 

2 hero yang agresif ini telah bertindak dengan spontan. Hasif grip dan jatuhkan salah seorang Arab itu kemudian dibantai bersama-sama. Masih bertenaga lagi untuk melarikan diri. Giliran Azfar pula mencekik dan menggrip dia. Time ini memang dah ramai yang datang untuk turut sama mengerjakan si Arab ini.

Dalam ketika itu, seorang lagi Arab telah dipegang oleh seorang member aku. Dalam menggelabah, si Arab itu cuba menidakkan dirinya (sebagai pencuri) malahan menuding ke arah rakannya yang sedang bergelut dengan budak-budak Johor yang lain. Mungkin dalam keadaan yang panik dan tidak pasti apa yang berlaku sebenarnya, kawan aku ini pun melepaskan genggaman ke atas si Arab ini. Adehhh!!! Apa lagi, peluang sudah terbentang, larikan dirilah. Dapat saja motor, terus memecut hilang dari pandangan. Ohhhhh!!! Memang agak bernasib baiklah, wahai dirimu si Arab.

Apa-apa pun, Arab yang seorang lagi itu sudah berjaya diberkas. Beberapa ketika setelah diratah oleh budak Johor, orang-orang Arab disekitar itu pun datang beramai-ramai turut membantu sama. Adehhhh!!! Selepas tangan Melayu yang kau kena, berganti pula tangan bangsa Arab sendiri.

Selepas itu, si Arab itu pun telah diikat dan polis pun telah datang. Perghhh!!! Betul-betul ganas polis dia. Arab tu sudahlah lunyai, tak larat nak bangun, ditarik pula rambutnya kemudian dihentak belakang kepala dengan belakang senapang polis tersebut. Fuhhhh!!! Comfirm ‘senoneng’ kepala dia.

Dalam poket si Arab itu adalah beberapa handphone budak-budak ini. Semua diserahkan kepada polis. Tapi handphone aku dan beberapa budak lagi tiada. Haishhhh!!!! Mesti pada Arab yang satu lagi itu. Geram pula rasanya. Tapi, apa-apa pun, bersyukurlah dapat yang seorang ini. InsyaAllah yang seorang lagi akan dapat diberkas. Terima kasihlah pada hero-hero yang berjaya menahan Arab itu. Cayalah sama korang!!!!

P/S: Nasib baik laptop aku ini tak dibawa lari. Takdenye aku tulis semua nie. Kalau tak, tengah meraung dalam bilik agaknya…wahahaha!!!

Si Arab yang berjaya diberkas oleh pelajar2 Johor. Telah diikat dan dikerumuni oleh penduduk tempatan.

Polis tiba untuk membawa perompak tersebut ke balai.

 

Wajah penuh megah 2 hero kampung…”Master Chef & Master Taekwando”…Woohoo!!!
Korang berdua nie ke mana saja asyik berdua. Nak bantai Arab tu pon berdua juga. Ehemm!! Ehemm!! Ermmm…Ada pape ke?!! Bhahaha!!

 

Related posts:

  1. Kembali Ke Mesir Semula!!! Sesungguhnya, teramat lama sangatlah ‘hambo’ tidak menaip di papan keyboard,...

Related posts brought to you by Yet Another Related Posts Plugin.

Tags: , , , , , , , , , , , , , ,

1 Comment

(Required)
(Required, will not be published)

Conteng Ape Baru-Baru Nie??