Semalam aku pergi ke City Stars bersama dengan beberapa kawan aku. Saja jalan-jalan cari makan. Time itu memang tengah lapar. Kalau aku ke City Stars ini, memang comfirm hanya nak berkunjung ke Stars Centre, sebuah shopping mall yang besar gila. City Stars? Stars Centre? Jangan keliru dengan kedua-duanya. City Stars ialah sebuah kompleksĀ yang besar yang terdapat di dalamnya pelbagai benda antaranya hotel-hotel, bangunan-bangunan pejabat, pusat perubatan, pusat hiburan dan benda-benda lain lagi termasuklah pusat beli-belah Stars Centre ini.
Kalau nak tahu, Stars Centre ini merupakan shopping mall kedua terbesar di Timur Tengah selepas Dubai Mall (yang dua kali ganda lebih besar dari Stars Centre ini dan terbesar di dunia…fuuwahhh!!). Aku sendiri pun tak habis round lagi Stars Centre ni. Mempunyai 7 gerbang pintu keluar masuk yang belum juga aku keluar masuk semuanya..hehe.
Arghhh!!! Melalut lebih-lebih pula aku ini. Balik pada cerita asal. Dipendekkan cerita, dari awal masa aku tiba Kaherah ini, seorang senior aku sudah lama juga mengesyorkan untuk makan di Panda House ini. Tapi tak pernah langsung berkesempatan. Jadi, semalam akhirnya aku berpeluang juga untuk meng’settle’kan rasa mengidam aku ini…hahaha.
Haaa…gambar yang tertera di atas itulah yang aku makan. Ada 7 jenis combo dan benda-benda lain lagi. Tapi combo no.5 pula yang menjadi ‘cinta pandang pertama’ aku di Panda House ini…heheh!!
Combo 5 membolehkan aku merasa 3 jenis lauk. Pilihlah mana yang kamu suka!! Wahahaha!!
Lauk pertama: Yang di atas sekali itu ialah ikan. Tapi tak berapa pasti dia masak apa. Macam masak tomato pun ada juga. Tapi memang sedap. Nyam3!!
Lauk kedua: Yang di sebelah kiri itu ayam. Aku pun tak tahu nak cakap dia masak apa. Tapi tetap sedap juga. Nyam3!!
Lauk ketiga: Yang di sebelah kanan itu pula daging. Tengok gaya macam masak kicap. Tapi entahlah. Lantaklah dia masak apa pun sebab memang sedap juga. Nyam3!!
Nasi dia pula boleh tukar samada nak mie atau pun nasi. Kalau pilih nasi ada dua jenis nasi pula. Nasi biasa (biasa dia pun macam ada gaya nasi goreng cina juga) ataupun nasi spicy. Haaaa…kalau yang aku pilih itu ialah nasi spicy. Fuuulaileii!!! Sedaplah nasi spicy dia ini. Kalau makan nasi ini tanpa campur apa-apa, ada rasa macam Twiesties perisa BBQ itu. Huhuhu!!!
Senang kata, overall memang Sodaaappp!! Aku berpuas hati dapat makan dekat Panda House ini. Next time, insyaAllah akan datang lagi..hikhikhik!!
No related posts.
Related posts brought to you by Yet Another Related Posts Plugin.
Tags: city stars, combo, dubai mall, kaherah, makan, mall, panda house, shopping, stars centre




