Tak STOP Lagi Dengan Nor Azita Osman

Huhh… tadi masa tengah round-round dalam Facebook, ternampak lagi kes yang satu nie. Tak habis-habis lagi rupanya orang menyumpah seranah pemilik nama Nor Azita Osman (begitulah namanya yang terpapar) yang nampaknya memang kecoh betul ceritanya. Berjela-jela dan berduyun-duyun sesi komen mengomen dari pelbagai pihak komuniti Facebook masuk menghiasi ruang page yang memang disediakan khas untuk mengutuk, menjawab, membalas, menghentam kembali serta meng‘banned’ Nor Azita Osman nie.

Cerita asalnya hanya kerana Famous Amos yang dikatakan tak diketemuinya di Johor nie kecuali dekat airport Senai. Kemudian, keluarlah statement yang menimbulkan huru-hara.


Dalam sesi yang lain pula…


Itu belum lagi dengan komen-komen yang pelbagai ragam di ruangan page khas itu. Huhh!!

Aku di sini sebenarnya bukan hendak mengungkit kembali, menambah minyak dalam api atau mengeruhkannya lagi. Cuma dalam pandangan aku, sudah-sudahlah semua itu. Berbalah sana, berbalah sini, mengata sana, mengata sini, kutuk sana, kutuk sini….cukup-cukuplah itu.

Lagi pun, majoriti aku tengok komen dalam page tu Melayu (atau memang mungkin Melayu semuanya?). Bagi aku, dalam senario bangsa kita sekarang nie yang sudah dilanda pelbagai masalah, tidak kira dalam isu sosial ke, isu politik ke, perbalahan seperti ini seeloknya tidak berlanjutan atau berpanjangan. Bukan aku berpihak pada sesiapa. Yang salah itu sudah tentu salah, tapi yang lain itu janganlah menambah lagi kesalahan yang ada. Yang salah juga, beringat-ingatlah sebelum berbicara. Yang lainnya itu pula, berpada-padalah tatkala berbicara juga. Perbalahan-perbalahan hanya merugikan kita semua kerana sedar tak sedar, ‘ada yang menghiris kita secara perlahan-lahan dari belakang’.

Pada aku juga, admin yang buka page itu, tutup sajalah page itu. Dia sudah jadi macam penganjur untuk sesi hentam-menghentam ini. Orang maki hamun, carut-mencarut dan sebagainya, aku cuma takut beliau sama-sama menerima tempias dosa dari semuanya sekali.

Ingin aku katakan, aku bukan seorang yang pandai bermadah segala membetulkan, menyatakan dan menudingkan kesalahan orang. Aku juga ada kesilapan diri aku sendiri. Tapi di sini aku cuma berbicara/menulis sekadar apa yang aku rasa dari hati aku sendiri. Mungkin benar ada yang tidak bersetuju atau sebagainya. Itu terpulang kerana aku tiada hak untuk menghalangnya dan seperti yang aku nyatakan, ini hanya sekadar luahan dan pandangan aku sendiri.

Moga Allah akan mengampuni dan melindungi kita semua.

Amin.

No related posts.

Related posts brought to you by Yet Another Related Posts Plugin.

Tags: , , , , , , , , , , ,

16 Comments

(Required)
(Required, will not be published)

Conteng Ape Baru-Baru Nie??