Archive for the ‘Aku Dan Mesir’ Category

Hero Melayu Terakhir di Mesir???

Tuesday, May 3rd, 2011

Malang itu memang tidak berbau, tidak terhidu, tidak, tidak dan tidak…??

Alkesahnya pada Jumaat yang lepas, ketika rumah tengah kosong (tengah solat Jumaat), hadirlah 2 makhluk berbangsa Arab ini membuat kerja dengan lincahnya. Diselongkarnya semua bilik yang ada dengan lahapnya. Laptop, hard disk, kamera, MP3, handphone dan duit siap-siap untuk dibawa keluar dari rumah. Siap guna beg kitorang untuk packing laptop-laptop. Rasanya satu beg itu diisi dengan 4 biji laptop kalau tak silap. Huhhhh!!! Betul-betul nak sapu bersih diorang nie. >:(

Oppsss!!! Tapi “langkah kiri”lah korang hari itu. Andai katalah korang adalah perompak yang sama di Rumah Negeri yang lain (yang tidak dapat dikesan), memang nahaslah korang datang ke Rumah Johor kali ini…huhhhh!!! :D

Movie start in 3, 2, 1, ACTION…!!! (more…)

Panda House at Stars Centre, City Stars!!! Thumbs up!!!

Sunday, April 17th, 2011

Semalam aku pergi ke City Stars bersama dengan beberapa kawan aku. Saja jalan-jalan cari makan. Time itu memang tengah lapar. Kalau aku ke City Stars ini, memang comfirm hanya nak berkunjung ke Stars Centre, sebuah shopping mall yang besar gila. City Stars? Stars Centre? Jangan keliru dengan kedua-duanya. City Stars ialah sebuah kompleks  yang besar yang terdapat di dalamnya pelbagai benda antaranya hotel-hotel, bangunan-bangunan pejabat, pusat perubatan, pusat hiburan dan benda-benda lain lagi termasuklah pusat beli-belah Stars Centre ini.

 

Salah satu pemandangan hotel di City Stars

Kalau nak tahu, Stars Centre ini merupakan shopping mall kedua terbesar di Timur Tengah selepas Dubai Mall (yang dua kali ganda lebih besar dari Stars Centre ini dan terbesar di dunia…fuuwahhh!!). Aku sendiri pun tak habis round lagi Stars Centre ni. Mempunyai 7 gerbang pintu keluar masuk yang belum juga aku keluar masuk semuanya..hehe. (more…)

Exam Laaa….Haishhh!!!

Monday, April 11th, 2011

Uhukk!!! Baru saja satu hari aku masuk kelas, dah kena exam pula…haishhh!! Hari khamis lepas first day. Belajar pun baru sikit. Itu pun cuma buat ulang kaji sahaja sebab kitab yang kitorang baru ambil ini, diorang dah khatam 2 kali dah…uwahhhh!!! :(  Punyalah lambat kitorang balik Mesir ini….huhuhu.

‘Peluru’ untuk ‘menembak’ taklah habis digunakan sebab kebanyakan soalan-soalannya itu masih lagi dapat dijawab. Happylah juga dapat jawab walaupun tak yakin semua betul…huhuhu.

Bercerita pasal exam tadi, masa dalam peperiksaan itu, punyalah semua orang duduk betul-betul rapat. Boleh dikatakan jarak kita dengan orang sebelah cuma sejengkal sahaja. Kalau kita nak ‘save’ ‘peluru’ pun boleh time itu sebab kiri kanan depan belakang kita semuanya ada ‘kaunter pertanyaan’ beserta dengan ‘bank jawapan’. Just pilih ‘agensi’ mana satu yang kita suka….huhuhu :D . Oppssss!!! Tapi aku takde ekh nak buat macam itu. :D

Tapi nak ceritanya, macam itulah salah satu daripada suasana exam di sini. Cuma salah satu sahaja tau. Belum lagi yang lain. Tadi ingat nak ambil gambar suasana dalam exam itu, tapi tak jadi. Bukannya sebab tak boleh. Boleh saja kalau nak. Cuma nak acting jadi pelajar yang baik. Cewahhh!!! Pffftt!!! Nak tercekik aku dibuatnya…haha.

Ok..sampai sini saja dulu. Wassalam….

Al-Fatihah Untuk Ibumu, Sahabatku…

Friday, April 8th, 2011

??

7 April 2011….Tarikh itu adalah hari pertama aku dan sahabat-sahabatku masuk ke kuliah selepas pulang ke Mesir semula. Rasanya tidak sampai beberapa jam duduk dalam kelas, tiba-tiba seorang sahabatku, Zulqarnian (Zack)mendapat panggilan dari kakaknya di Malaysia. Khabar yang diterimanya itu amat memeranjatkan.

“Ibu dah meninggal dunia…”

Siapa yang tak tersentak tiba-tiba dikhabarkan sebegitu. Zack pada awalnya mengagak yang kakaknya itu bergurau sahaja. Gurauan yang sangat melampau pada fikirannya. Tapi setelah diyakinkan sekali lagi oleh kakaknya, air mukanya betul-betul berubah.

Keluar dari kelas, terus menuju ke bilik air, cuba menenangkan perasaan yang berkecamuk di dalam dada. Selepas itu, dia terus pulang.

Takdir Allah itu memang tak terduga. Apa yang aku tahu, ibunya sihat sahaja. Cuma tengah hari itu, ibunya terjatuh di dalam bilik air dan terus tidak sedarkan diri. Kemudian terus disahkan telah meninggal dunia. :(

Aku juga tumpang bersedih dengan situasinya sekarang ini. Namun mungkin tak dapat dibandingkan dengan apa yang terpendam dalam hatinya kerana aku bukan berada di tempat dia. Apa-apa pun, aku berharap dia akan tetap bersabar, tabah, bertenang dan redha menerima ujian dan dugaan ini.

Terharu juga bila tengok dia post status kat Facebook: “??xdpt dgar suare, xdpt tgok..xdpt mintak ampun….al-Fatihah untuk ibuku….” :(

Takziah daripada aku sebagai seorang sahabat. Insya’Allah ibumu tergolong dalam golongan orang-orang yang solehah. Al-Fatihah….

Kembali Ke Mesir Semula!!!

Friday, April 8th, 2011

Sesungguhnya, teramat lama sangatlah ‘hambo’ tidak menaip di papan keyboard, khusus untuk blog ini. Kalau setakat menaip untuk chat kat YM ke, komen status-status kat Facebook ke, atau pun searching-searching bersama Pakcik Google itu biasalah juga. Tapi tak tahulah macam mana boleh hilang seketika mood untuk menaip di blog ini. Ditambah lagi dengan huru-hara yang berlaku di Mesir tak lama dahulu sehingga membawa diri penulis pergi bercuti sementara di Malaysia..huhu :D

Walaupun dah lepas, tapi aku teringin sangat dan bersukacita untuk mengimbau kembali kejadian, peristiwa dan cerita-cerita yang berlaku ketika tempoh ‘Huru-Hara Mesir’. Tapi cerita yang berkaitan dengan aku sahajalah. Takdelah nak bercerita secara terperinci macam pembaca berita pula.

Alkesahnya…………… (more…)