Archive for the ‘AkU BeRCeLoTeH’ Category

Exam Laaa….Haishhh!!!

Monday, April 11th, 2011

Uhukk!!! Baru saja satu hari aku masuk kelas, dah kena exam pula…haishhh!! Hari khamis lepas first day. Belajar pun baru sikit. Itu pun cuma buat ulang kaji sahaja sebab kitab yang kitorang baru ambil ini, diorang dah khatam 2 kali dah…uwahhhh!!! :(  Punyalah lambat kitorang balik Mesir ini….huhuhu.

‘Peluru’ untuk ‘menembak’ taklah habis digunakan sebab kebanyakan soalan-soalannya itu masih lagi dapat dijawab. Happylah juga dapat jawab walaupun tak yakin semua betul…huhuhu.

Bercerita pasal exam tadi, masa dalam peperiksaan itu, punyalah semua orang duduk betul-betul rapat. Boleh dikatakan jarak kita dengan orang sebelah cuma sejengkal sahaja. Kalau kita nak ‘save’ ‘peluru’ pun boleh time itu sebab kiri kanan depan belakang kita semuanya ada ‘kaunter pertanyaan’ beserta dengan ‘bank jawapan’. Just pilih ‘agensi’ mana satu yang kita suka….huhuhu :D . Oppssss!!! Tapi aku takde ekh nak buat macam itu. :D

Tapi nak ceritanya, macam itulah salah satu daripada suasana exam di sini. Cuma salah satu sahaja tau. Belum lagi yang lain. Tadi ingat nak ambil gambar suasana dalam exam itu, tapi tak jadi. Bukannya sebab tak boleh. Boleh saja kalau nak. Cuma nak acting jadi pelajar yang baik. Cewahhh!!! Pffftt!!! Nak tercekik aku dibuatnya…haha.

Ok..sampai sini saja dulu. Wassalam….

Alhamdulillah! Akhirnya…

Saturday, October 23rd, 2010

Huhh!!! Lama betul ana tidak meng’update’ MunirWorld.Com ini. Bukan apa, tapi kebelakangan ini agak kesibukan sedikit. Macam-macam benda perlu dilakukan sampai tiada ruang masa untuk dicuri seketika bagi meng’update’ blog ini.

Apa sebenarnya yang busy sangat ini?

Sebenarnya ana sekarang telah berada jauh dari tanah air tercinta, Malaysia demi meneruskan perjuangan ana sebagai seorang pelajar. Diwaktu ana sedang menaip-naip di atas papan keyboard ini, ana sudah berada lebih kurang sebulan di Mesir.

Mesir? Ya. Di Mesir kerana ana menyambung pengajian ana di Universiti Al-Azhar. Alhamdulillah. Akhirnya ana berjaya menjejakkan kaki di bumi Anbiya’ ini.

Ana telah berlepas dari KLIA pada 24 September yang lalu menuju ke Bahrain. Kemudian dari Bahrain baru ana bertolak ke Mesir.

Sekarang sudah masuk lebih kurang sebulan ana di sini. Satu tempoh yang belum cukup untuk ana ‘menyelesakan’ diri, ‘mematangkan’ diri di negara orang ini. Dalam tempoh sebulan ini, terserlah pelbagai kelemahan diri ana sendiri. Ana berharap, ana mampu untuk memperbaiki kelemahan-kelemahan ana ini. Doakan ana OK!

Doakanlah juga semoga ana berjaya di sini. Kelapangan untuk meng’update’ blog ini juga akan ana cuba cari.

Salam dari ana di perantauan! :D

Sekali ‘Blogger Yang Terkentut’, Rasakan Penangannya!

Monday, August 30th, 2010

Entri kali ini adalah sekadar untuk aku cuba-mencuba dan suka-suka saja. Percubaan aku untuk join sekali dalam ‘kerja sekolah untuk para blogger’ yang diberikan oleh Sifu Ijad. Dua hasil projek kerja sekolah beliau yang sebelumnya – Blogger Yang Tersepit dan Blogger Yang Terdesak – aku cuma boleh memerhatikannya sebagai silent reader saja. Tak yakin dan tak berani jer nak buat.

Ramai blogger yang menyiapkan dan menyerahkan kerja sekolah mereka kepada Sifu Ijad. Aku pula sangat kagum bila melihat hasil kerja mereka. Karya-karya mereka membuatkan aku tersepit dalam kehebatan mereka berkarya. Ianya juga membuatkan aku terdesak untuk terus membaca sehingga habis bagi menikmati dan merasai setiap kehebatan yang terpalit dan terulit di dalam karya-karya mereka. Cewahh2!! Pe sajeee aku ni. Nak juga menyelit dengan tersepit dan terdesak ni. Muahaha! :D

(more…)

Salleh Gregor Samsa – Cebisan Dari Realiti

Wednesday, August 18th, 2010

Klik untuk besarkan imej

Aku pasti ramai yang sudah mendengar akan kes yang satu ini yang lahir daripada seorang pengguna laman sosial Facebook yang menamakan dirinya sebagai Salleh Gregor Samsa, yang kiranya memang hangat diperkatakan juga selepas kes Nor Azita Osman yang baru berlalu (entah dah tenang ke belum).

Tak perlu diterangkan secara panjang lebar pun pasti anda faham dengan hanya membaca saja statusnya di atas yang disambut meriah teman-temannya itu. Uhq. :(  Apalah nak jadi. Tapi memang begitulah realitinya yang terjadi sekarang ini, di negara kita ini, dan tidak mustahil juga di mana-mana yang berada di atas muka bumi Allah yang Maha Pemurah ini. Yang ini hanyalah secebis dari realiti itu.

(more…)

Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadhan!!!

Tuesday, August 10th, 2010

Salam Ramadhan buat semua pembaca! Takde benda pun nak dikatakan sangat. Semoga kita semua dapat memeriahkan dan menghiasi bulan Ramadhan ini dengan pelbagai amal ibadah yang dilipat gandakan ganjarannya. Tapi jangan hanya pada Ramadhan saja kita rajin-rajin beramal yer. Bulan-bulan yang seterusnya juga perlu diteruskan untuk beramal. Sekali lagi, salam Ramadhan buat anda semua, selamat berpuasa dan JOM!! Tarawih malam nie….

Salam…. :D

Tak STOP Lagi Dengan Nor Azita Osman

Wednesday, August 4th, 2010

Huhh… tadi masa tengah round-round dalam Facebook, ternampak lagi kes yang satu nie. Tak habis-habis lagi rupanya orang menyumpah seranah pemilik nama Nor Azita Osman (begitulah namanya yang terpapar) yang nampaknya memang kecoh betul ceritanya. Berjela-jela dan berduyun-duyun sesi komen mengomen dari pelbagai pihak komuniti Facebook masuk menghiasi ruang page yang memang disediakan khas untuk mengutuk, menjawab, membalas, menghentam kembali serta meng‘banned’ Nor Azita Osman nie.

(more…)

Doaku buat Kak Nani…

Thursday, July 1st, 2010

Beberapa hari yang lalu, aku ada bertandang ke rumah seorang sahabat aku. Saja jer nak jumpa dia nie, nak borak-borak sambil ngeteh. Tapi rupanya aku nie datang salah time. Sahabat aku nie sebenarnya kejap lagi nak keluar. Salah aku jugalah time tu sebab nak datang tak inform dulu…huhu

Aku pun kata takpelah kalau dia nak keluar, next time boleh jumpa. Tapi dia pula suruh aku keluar dengan dia sekali. Aku tanyalah juga, dia nak keluar dengan siapa. Katanya, kakak angkatnya ajak keluar makan. Uhq…aku pun bukannya kenal siapa kakak angkat dia nie… seganlah aku. Nanti kakak angkatnya pun pikir siapa pula aku nie, tiba-tiba jer sibuk nak ikut keluar sekali. Sahabat aku nie pun katalah yang kakak angkat dia nie sporting orangnya. Dia tak kesah punya. Lagi pun sahabat aku nie kata, dia pun dah lama tak jumpa kakak angkat dia nie. So, mintak aku temankan dia sekali.

Dipendekkan cerita, kakak angkatnya ambil kitorang dengan menaiki Myvi. Rupanya bukan kakak angkatnya sorang je yang ada, seorang lagi perempuan duduk juga di depan.

Kami tiba di sebuah restoran. Kakak angkatnya suruh kitorang order apa jer, katanya dia belanja. Aku panggil dia kak Nani. Dia nie masih muda lagi, mungkin tua beberapa tahun daripada aku. Berperwatakan seksi lar jugak. Kawannya yang seorang lagi tu rasanya seorang pengkid, berdasarkan cara dia berpakaian, berbual dan sebagainya.

Pulang dari pertemuan tu, sahabat aku bercerita pula. Sebenarnya kak Nani tu tak  seperti yang aku lihat tadi. Dia berasal dari Sabah. Berdasarkan cerita sahabat aku juga, dulunya kak Nani tu bertudung dan berpakaian sopan juga. Suatu ketika, dia menjadi mangsa nafsu 2 orang lelaki yang tak dikenalinya. Mengadu pada keluarga tak berguna. Ibu bapanya menuduh dia bersalah kerana menggatal dengan jantan-jantan tu. Dia dihimpit dengan banyak tekanan disekelilingnya, sehingga tekad untuk melarikan diri ke Semenanjung. Di sini dia terus berubah. Menurut kata sahabat aku juga, pengkid tadi tu pun couple dia.

Tak patut family dia buat dia macam tu. Bukan salah dia. Patutnya berilah dia semangat untuk teruskan hidup. Aku kasihan mendengar nasib kak Nani. Tapi, aku juga dapat melihat ketika berborak dengan kak Nani, ada tanda-tanda yang dia sebenarnya ingin berubah.

Aku berdoa semoga Allah akan memberi petunjuk,  hidayah dan kekuatan kepada kak Nani.

Amiinn.