Archive for the ‘RoAd To Al-AzHaR, CaiRo’ Category

Road To Al-Azhar, Cairo (8)

Saturday, August 21st, 2010

Bermain dengan perasaan…..


Segalanya berlalu dalam sekelip mata. Tanpa aku sedari, masa telah berjalan dengan pantas. Aku juga tahu permohonan yang aku buat menggunakan SPM yang lalu telah menerima maklum balas. Aku diterima untuk sambung belajar di sebuah institusi namun aku abaikan juga kerana aku juga rasa apa gunanya aku ada STAM tapi aku tidak menggunakannya. Oleh itu, aku mengharapkan juga permohonan aku melalui STAM menerima maklum balas yang baik.

Namun, dalam aku menunggu ini, aku selalu bayangkan bagaimana agaknya kalau aku belajar di Universiti Al-Azhar itu. Walaupun sebelum ini aku selalu juga mendengar kisah ustaz-ustaz aku dan senior-senior aku yang belajar di sana, tapi waktu itu hanya mendengar sekadar suka dan tiada keinginan untuk ke sana. Tapi, di kala waktu ini, aku merasakan sesuatu kelainan dalam mainan perasaan aku. Andai aku mengimbau kembali cerita-cerita mereka itu, aku seperti tertambat dengan jambatan perasaan yang menghubungkan aku di sini dan hujungnya di sana. Sedikit demi sedikit, lahir akan keinginanku untuk ke sana.

(more…)

Road To Al-Azhar, Cairo (7)

Thursday, August 12th, 2010

Info Dari Aat…


Selang beberapa hari selepas aku mengambil result STAM di sekolah, aku mendapat maklumat daripada Aat berkenaan satu perjumpaan yang diadakan di Maahad Johor. Di dalam perjumpaan ini, mereka yang hadir akan diberikan penerangan berkenaan pengurusan pengajian ke Universiti Al-Azhar. Penerangan ini disampaikan oleh seorang pendidik di Maahad Johor itu sendiri yang aku kenalnya sebagai Ustaz Ariff. Beliau memang sudah berpengalaman dalam menguruskan pelajar-pelajar yang hendak menyambung pengajian di sana.

(more…)

Road To Al-Azhar, Cairo (6)

Monday, August 2nd, 2010

Result Aku dan Diorang..??


Mataku masih lagi tercegat di situ. Haha…Jayyid!!! Macam tak percaya jer dapat Jayyid. Uhq…sedikit terkesima juga sebab Jayyid Jiddan yang diura-ura semalam tidak menjadi kenyataan..haha!! (buat cerita jer budak-budak nie…hahaii) Tapi apa pun, Alhamdulillah…aku masih tetap bersyukur dengan apa yang aku dapat nie. Dapat Jayyid nie pun kira OKlah  juga kan? Daripada gagal atau lulus cukup makan seperti yang aku bayangkan…hahaii!!

(more…)

Road To Al-Azhar, Cairo (5)

Sunday, July 25th, 2010

Result ohh result…..


Mac, 2010

Sudah lama berlalu hari terakhir aku mengambil STAM. Namun hari ini tiba seperti tiba-tiba…haha! Macam tak terasa masa berlalu dengan pantas. Kenapa dengan hari ini pula? Yupz! Hari ini adalah hari terakhir pula aku menunggu keluarnya result STAM yang diambil tahun lepas. Berdebar-debar jer nak tunggu keesokan harinya. GULP!! Entah apa yang aku akan dapat nanti dalam result tu. Gagal ke? Lulus ke? Gagal ke? Haihh!! Bertambah resah aku memikirkannya.

Sangatlah malang juga kerana aku tidak dapat pergi ke sekolah esok untuk mengambil result tersebut. Kebetulan pula esok aku ada test dengan JPJ. Aku hanya kena menunggu panggilan daripada mana-mana rakan kelas aku yang pergi mengambil result esok sajalah…heh!

(more…)

Road To Al-Azhar, Cairo (4)

Friday, July 23rd, 2010

Kyahhhhhhh!!!!! Exam STAM Sudah Mariiiiii!!


Haiyaaa!! Pejam celik pejam celik, tengok-tengok dah sampai tarikh exam STAM aku. Macam tak terasa jer masa nie berlalu dengan pantas. Yang aku nie pula, entah dah betul-betul bersedia ke belum nie nak masuk dewan peperiksaan besok. Kalau boleh macam nak masa nie di panjangkan lagi sehingga ke tahun depan supaya aku boleh belajar, menghafal, mengerti sebelum jawab paper STAM nie. Tapi kalau dipanjangkan sekali pun, belum tentu aku nie belajar betul-betul. Entah-entah sama jer macam tahun nie. Awal tahun punyalah azamnya kukuh mahu belajar bersungguh-sungguh untuk STAM nie, tapi makin lama makin hampeh dan lebur juga azam tu. Habis lubang sana sini azam yang ditanam itu…hahaii~

(more…)

Road To Al-Azhar, Cairo (3)

Tuesday, July 20th, 2010

Wahhhh!! Penatnyaaaaaa………


2 minggu sebelum Hari Guru (2009)

“Assalamualaikum. Ustaz nak mintak pelajar STAM tolong handlekan Sambutan Hari Guru tahun nie boleh yer? Kitorang guru taknak campur apa-apa, just datang and relex.” Dengan selambanya Ustaz Anuar singgah depan pintu kelas dan menyampaikan pesanan ringkas tersebut.

“Pe lagi Munir, kau lar yang jadi Pengerusi. Kitorang bukan reti sangat nak buat benda macam nie. Kitorang tolong-tolong jadi AJK jela ok.” Lebih selamba lagi kawan aku sorang nie.

Wahhhh!!! Tak pasal-pasal aku dilantik secara tak rasmi. Suruh budak-budak kelas aku nie, semua main tolak-tolak. Siap bagi alasan macam-macam. Kalau aku pun nak tolak, dah takde oranglah jawabnya nak bertanggungjawab dengan benda nie. Alamatnya, malulah kitorang sebagai pelajar paling senior dengan semua guru. Nak taknak kena jugalah aku terima. Heh!

(more…)

Road To Al-Azhar, Cairo (2)

Friday, July 16th, 2010

Aku Dan STAM……….

(huiihh…gambar kat atas bukan kelas aku oitt….hahax)

Kelas pertama bermula pada ?? / 3 / 2009….. (haha.. x ingat )

Kelas STAM aku telah berjalan seperti mana biasanya kelas-kelas pelajar yang lain juga. Cuma taraf pendidikan je yang membezakan kitorang. Kiranya sudah menjadi senior di sekolahku ini. Cehh!! Belajar baru takat mana dah nak over. Hahaiii!!! :)

Kelas aku tak mempunyai ramai pelajar. Cuma ada 8 orang sahaja. Cikitkan..? Daripada 8 orang nie hanya ada 3 orang pelajar lama iaitu aku sendiri, Farhat (A’at) dan Hafiz (Apis). 5 orang yang lain baru saja masuk sekolah nie tahun nie dan daripada itu, 2 orang pelajar perempuan dan selebihnya lelaki.

(more…)