Sekali ‘Blogger Yang Terkentut’, Rasakan Penangannya!

Entri kali ini adalah sekadar untuk aku cuba-mencuba dan suka-suka saja. Percubaan aku untuk join sekali dalam ‘kerja sekolah untuk para blogger’ yang diberikan oleh Sifu Ijad. Dua hasil projek kerja sekolah beliau yang sebelumnya – Blogger Yang Tersepit dan Blogger Yang Terdesak – aku cuma boleh memerhatikannya sebagai silent reader saja. Tak yakin dan tak berani jer nak buat.

Ramai blogger yang menyiapkan dan menyerahkan kerja sekolah mereka kepada Sifu Ijad. Aku pula sangat kagum bila melihat hasil kerja mereka. Karya-karya mereka membuatkan aku tersepit dalam kehebatan mereka berkarya. Ianya juga membuatkan aku terdesak untuk terus membaca sehingga habis bagi menikmati dan merasai setiap kehebatan yang terpalit dan terulit di dalam karya-karya mereka. Cewahh2!! Pe sajeee aku ni. Nak juga menyelit dengan tersepit dan terdesak ni. Muahaha! :D

Balik pada story kerja sekolah Sifu Ijad kali ini, beliau memberi tugasan yang bertajuk Blogger Yang Terkentut. Adehh!!! Aku baca tajuk dia pun dah nak tergelak. Apa lagi nak memikirkan cerita berkaitan yang nak ditempek. Apa-apa pun, aku tetap nak mencuba juga untuk sama-sama memeriahkan tarikh 30 Ogos ini, detik bersejarah ramai-ramai blogger terkentut. Ahahaha! :D

Alkisahnya…

Pada satu tahun yang tidak dapat aku pastikan dengan tepat tahunnya, berjalan aku bersama-sama 3 orang rakanku, A’at, Ajim dan Sam menziarahi rumah cikgu-cikgu kami. Ketika itu, kita umat Islam sedang menyambut kemeriahan Hari Raya Aidilfitri. Berbekalkan kereta rakanku, A’at yang sudah ada lesen, kami pun merayap ke segenap rumah yang nak dituju.

Fuhhh!! Meriah sungguh setiap rumah yang kami ziarah. Bertambah meriah lagi dengan aneka juadah yang dihidangkan. Apa lagi, bersantap dengan penuh lahap dan semangatlah kami berempat. Di sepanjang perjalanan itu, macam-macam benda yang turun menyelusuri tekak masuk ke dalam tong perut yang entah berapa tank agaknya time itu.

Dalam banyak-banyak edisi perjalanan itu, ada satu edisi di mana kami dalam perjalanan ke rumah seorang lagi cikgu kami. Di tengah perjalanan itu, 2 rakan aku yang duduk di belakang, Ajim dan Sam, boleh pula mereka berdua ini main fight-fight kentut. Apa kejadahnya budak-budak ini, tak ada benda lain ke nak buat? Entah berapa kali kereta dipenuhi dengan irama angin pus-pus disambut gelak-ketawa bertambah lagi dengan aksi buka tingkap keluar kepala.

Aku: Woi!! Dah2 laa. Selekeh betul korang ni. Takde kerja lain ke nak buat?

Ajim: Alaaa…relex ar Neer. Bukan selalu. Haha! (sambil diiyakan Sam)

Aku: Cakap dengan korang ni memang tak makan saman. Tapikan, berapa banyak sei angin korang simpan? Dari tadi non-stop jer.

Sam: Yang ini namanya ‘teknik lepasan berkala-kala‘.

Aku: Ahahaha! Otakmu!

Selepas keadaan cooldown seketika, tiba-tiba,

A’at: Woiiii!!! Bau apa ni ??!!!!

Sam: Perggghhh!! Sape yang kentut ni ??!! Bau tak boleh angkat!

Masing-masing lincah membuka tingkap kereta.

Ajim: Neer!! Kau ekh?!

Aku: ………… (muka blur)

Sam: Hahahaha! Siot jer kau buat line clear! Buat muka tak bersalah pulak!

Aku: Haha! Sorrylah brother. Tak sengaja. Terlepas. Haha!

Ajim: Kau lepas ni dilarang terkentut lagi Neer. Kesian kereta A’at ni nanti. Kau punya aroma tadi tu dah lah sampai menusuk kalbu. Kalau sekali lagi kau melepas, alamatnya mati kelemasanlah kitorang. Haha!

Aku: Kurang asam punya budak.


Sampai habis jalan-jalan lepas itu, dah tak ada lagi aku nak terkentut. Agaknya sebab takut jadi bahan kutuk budak-budak ini. Tapi dalam hati aku pula cakap; “Amek korang! Nak sangat fight kentutkan? Sekali aku terkentut, baru korang tau penangannya!!! Huahuahua!”  Tapi aku tak pasti pula macam mana baunya boleh semacam dari biasa. Mungkin sebab campuran pelbagai bahan kimia dalam tank perut aku agaknya. Muahahaha!

Ohh! Begitulah ceritanya. Agak selekeh a.k.a tak senonoh kan? Mohon maaflah dengan gaya bahasa yang tak seberapa. Sifu Ijad, inilah hasil kerja sekolah saya untuk tajuk Blogger Yang Terkentut. Boleh diterima kaaa? :D

Hahaha! Tapikan, aku rasa terkentut itu lebih mulia agaknya daripada ‘mengentutkan’ orang lain macam ini:

Salam kemerdekaan buat semua! :D

No related posts.

Related posts brought to you by Yet Another Related Posts Plugin.

Tags: , ,

13 Comments

(Required)
(Required, will not be published)

Conteng Ape Baru-Baru Nie??