Kyahhhhhhh!!!!! Exam STAM Sudah Mariiiiii!!
Haiyaaa!! Pejam celik pejam celik, tengok-tengok dah sampai tarikh exam STAM aku. Macam tak terasa jer masa nie berlalu dengan pantas. Yang aku nie pula, entah dah betul-betul bersedia ke belum nie nak masuk dewan peperiksaan besok. Kalau boleh macam nak masa nie di panjangkan lagi sehingga ke tahun depan supaya aku boleh belajar, menghafal, mengerti sebelum jawab paper STAM nie. Tapi kalau dipanjangkan sekali pun, belum tentu aku nie belajar betul-betul. Entah-entah sama jer macam tahun nie. Awal tahun punyalah azamnya kukuh mahu belajar bersungguh-sungguh untuk STAM nie, tapi makin lama makin hampeh dan lebur juga azam tu. Habis lubang sana sini azam yang ditanam itu…hahaii~
Dewan peperiksaan aku terletak di Maahad Johor. Sudahlah sekolah aku jauh dari situ, exam pula start awal pagi, sudahnya kena bertolak dari sekolah aku seawal-awal pagi…haha!!
Dalam minggu peperiksaan nie, tiap-tiap malam tidur lambat. Nak revise balik benda-benda dalam buku untuk next morning punye paper. Fuyooh!! Punyalah rajin masing-masing mengulangkaji sampai lewat malam. Kan bagus kalau dari awal dah rajin macam nie..haha!! Tapi tulah aku. Selagi tak terhantuk, selagi tulah tak terngadah…hahaii!!
Biasanya aku akan bersengkang mata sehingga jam 2 pagi. Pastu nanti akan terjaga pulak dalam pukul 4 pagi. Semua masa itu aku gunakan untuk menatap kitab setiap subjek untuk besoknya. Berlanjutanlah terus sehingga selesai mandi, bersiap dengan uniform, solat Subuh dan seterusnya menunggu kedatangan Ustaz Hafiz untuk mengambil kitorang sekitar jam 6 pagi. Terima kasihlah Ustaz Hafiz kerana sudi menjadi driver kitorang sepanjang kitorang mengambil exam nie. Berulang-alik ambil kitorang dari sekolah di Pasir Gudang ke Maahad Johor di Johor Bahru. Terima kasih yer ustaz!!
Biasanya aku akan tidur dalam kereta sepanjang perjalanan ke Maahad Johor (coz tak cukup tido..haha). Sampai sana, kalau belum mula lagi examnya, aku akan pergi ke kantin di Maahad Johor tu dengan member kelas untuk menjamah sikit. Kalau tak sempat, memang tak menjamah apa-apa pun pagi-pagi. Terus jer masuk dewan. Kadang-kadang kalau tengah menjamah tu, aku masih sempat lagi membuka kitab. Time tu kalau nak menghafal memang tak sempat, cuma mata aku nie aku jadikan camcoder…haha!! Tengok jela sekali imbas sambil merakam mana-mana tulisan-tulisan arabic yang indah dan yang aku rasa macam masuk jer kat dalam paper…hahaii!!
Setiap kali masuk dewan peperiksaan, setiap kali itulah aku akan ber”dup-dap dup-dap” tampak gemuruh dan gelisah. Hishh! Susah benar nak relexkan diri nie. Paper sudah sampai di atas meja. Coret-coretlah yang mana-mana patut dulu sebelum arahan diberi oleh ketua pengawas peperiksaa.
MULA!! Dengan lafaz bismillah, aku membuka lembaran soalan. Ditatap satu persatu setiap arahan yang meliang-liuk di atas kertas itu. Menjawab dengan penuh berhati-hati setiap soalan yang diberi. Adakalanya aku mampu tersenyum kerana melihat soalan yang aku rasa mudah untuk dijawab. Kadang-kadang tergaru-garu kepala yang tidak gatal dek melihat soalan yang entah aku paham ke atau aku tak reti nak jawab. Pastu tenung lama-lama yang aku rasa kalau ada aura tu boleh tembus paper tu…hahaha!!
Huihhhhh!!!! Memang kusutlah kepala sepanjang exam nie. Data yang tersimpan kat dalam otak pula taknak keluar kat monitor. Entah dia terselit dekat celah mana-mana atau dah kena block atau pun memang sebenarnya takde pun dalam otak, cuma aku jer yang berangan dan berharap supaya dia memang ada kat dalam tu…..hahaha!!
Seperti biasa aku akan menjawab soalan-soalan yang aku rasa aku boleh menjawab dengan tepat dahulu. Kemudian baru aku akan mula menjawab yang bakinya. Sebolehnya, aku taknak ada kosong pun paper nie, semua mesti berisi jawapan. Nak taknak aku kena perah otak sedaya mungkin untuk mencipta rangkaian jawapan yang sesuai dan lebih kurang dengan permintaan soalan tersebut. Aku pun tak pasti sama ada jawapan tu tepat atau tak. Cuma aku harap ia boleh diterima oleh pemeriksa jawapan dan still ada markah di situ. Aku sangat-sangat berharap seperti itu kerana seperti yang aku pernah nyatakan dulu, jika satu subjek gagal, maka keseluruhannya dikira gagal. Ya Allah!! Jauhkanlah perkara itu dari diriku.
Akhirnya, sampai ke hari terakhir juga. Apabila aku melangkah keluar dari dewan untuk kali terakhir, aku rasa seperti sudah bebas dari kurungan yang membelenggu diri. Tapi sebenarnya, aku tetap tidak rasa gembira sepenuhnya. Aku masih ingat, setiap kali habis exam, aku akan pergi buka buku dan melihat kembali mana-mana yang aku ingat keluar dalam paper tadi. Tiap kali juga aku akan merasa kecewa kerana banyak juga yang tidak tepat atau kurang tepat.
Aku cuma mampu berdoa agar tiada satu subjek pun yang gagal. Biarlah keseluruhan STAM aku nie tak cemerlang resultnya. Asal lulus cukup makan pun bolehlah. Janji bukan gagal. Berikut adalah pangkat-pangkat yang ada di dalam STAM:
1. Mumtaz (cemerlang)
2. Jayyid Jiddan (sangat baik)
3. Jayyid (baik)
4. Maqbul (yang nie dikira lulus cukup makanlah)
5. Dha’if (gagal)
Janganlah ada subjek aku yang gagal. Kalau tak, Dha’if lah yang aku dapat. Dalam kepala aku dah takde terbayang Mumtaz, Jayyid Jiddan ataupun Jayyid. Hanya Maqbul sahaja yang boleh aku bayangkan jika aku mengingat kembali pada jawapan-jawapan yang aku coret-coret di atas semua kertas jawapan.
Habis saja STAM, aku dan rakan kelas pun memulakan cuti sekolah buat kali terakhir. Lepas nie dah takde dapat cuti sekolah lagi sebab dah tak masuk sekolah lagi…hahaha!! (macam paham jer aku)
Tapi dalam keriangan itu, aku masih terasa janggal. Dah habis sekolah? Lepas nie nak ke mana yer? Sebab sudah terbiasa bila masuk jer tahun depannya tetap masuk ke sekolah juga. Tapi tahun depan yang ini sudah lain. Tiada lagi istilah “pelajar sekolah” untuk tahun hadapan. Aku seperti terasa kesunyian seketika. tiada lagi zaman sekolah untuk dilalui. Yang selepas ini pun aku masih tak merancang untuk ke mana. Aku seperti masih mengharap yang tahun hadapan ini juga still dalam zaman persekolahan. Tapi inilah kenyataannya dan aku harus menerimanya. Kita manusia akan meningkat dewasa dan akan menghadapi cabaran-cabaran dalam hidup yang lebih besar. Aku kena bersedia menerimanya walaupun aku tahu bahawa aku memang masih belum bersedia untuk semua nie.
Ya Allah!! Berikanlah aku kekuatan untuk menghadapi setiap yang akan mendatang!!
No related posts.
Related posts brought to you by Yet Another Related Posts Plugin.
Tags: al-azhar, cairo, kaherah, maahad johor, mesir, peperiksaan STAM, universiti al-azhar


