Road To Al-Azhar, Cairo (7)

Info Dari Aat…


Selang beberapa hari selepas aku mengambil result STAM di sekolah, aku mendapat maklumat daripada Aat berkenaan satu perjumpaan yang diadakan di Maahad Johor. Di dalam perjumpaan ini, mereka yang hadir akan diberikan penerangan berkenaan pengurusan pengajian ke Universiti Al-Azhar. Penerangan ini disampaikan oleh seorang pendidik di Maahad Johor itu sendiri yang aku kenalnya sebagai Ustaz Ariff. Beliau memang sudah berpengalaman dalam menguruskan pelajar-pelajar yang hendak menyambung pengajian di sana.

Aat pun dah comfirm nak pergi. Yang aku pula lepas dapat maklumat ini masih terkial-kial nak tentukan sama ada mahu pergi atau tidak. Seperti yang aku nyatakan dahulu, aku sendiri pun tak tahu adakah aku mahu melanjutkan pelajaran ke Mesir. Sekarang ini, takde lagi dalam kepala nak pergi luar negara sedangkan yang dalam negara pun masih tak terurus lagi nak ke mana…haha :D

Dan aku seperti biasa hanya menyampaikan sahaja maklumat-maklumat yang aku terima kepada my mom. Selepas itu, my mom juga yang suruh pergi datang perjumpaan itu. Dalam time ini, aku juga sudah apply beberapa permohonan masuk ke universiti-universiti dalam negara. Satu apply dengan menggunakan sijil SPM, sementara yang satu lagi menggunakan STAM. Dalam kepala dah pening fikir. Kalau nak belajar dalam negara, rasanya tak perlulah aku pergi datang perjumpaan itu. Tapi aku turutkan juga untuk ke sana.

Sehari sebelum perjumpaan (tak ingat pula datenya, tapi dalam bulan Mac 2010 jugalah), aku sudah bertolak ke JB. Kemudian aku menumpang tidur di rumah Aat (haha..aku nie dah macam muka penumpang jer sebab selalu menumpang dekat rumah orang lain sejak dari zaman sekolah…hahaii :D ).

Keesokannya, aku dan Aat bertolak ke Maahad Johor bersama-sama. Aku lihat ramai betul orang yang datang. Majoriti yang datang juga adalah bekas pelajar STAM di Maahad Johor itu sendiri. Selebihnya bekas pelajar dari sekolah-sekolah lain termasuklah aku…huhu.

Setelah mengambil tempat duduk yang disediakan di dalam dewan, aku dan mereka-mereka yang lain menunggu kedatangan Ustaz Ariff. Lama juga menunggu sebelum Ustaz Ariff itu datang, mungkin ada masalah sebentar tadi. Setelah Ustaz Ariff mengambil tempatnya, sesi penerangan pun bermula. Macam-macamlah yang disampaikannya. Panjang-panjang dan berjela-jela ucapannya. Semuanya aku dengar dengan teliti. Dan di dalam tengah-tengah mendengar itu, aku terasa seperti terbit satu keinginan, keasyikkan dan ke’syok’kan untuk belajar di Mesir. Huhu…ada-ada saja hati aku ini…hehe :D (haa..haa..dah termakan kata-kata Ustaz Ariff itu ke? kehkehkeh :D )

Semuanya berjalan dengan lancar sehingga ke akhir penutupnya iaitu lebih kurang jam 12 tengah hari. Habis program, aku dan Aat ambil kesempatan round-round this town dulu sebelum balik ke rumah dia…hahaha :)

Selepas selesai menumpang rehat, menumpang makan dan menumpang sebagainya, petang itu juga aku menumpang sekali lagi untuk pergi ke Stesen Bas Larkin….(hahaha…dasar muka penumpang :D ).


Selepas mengucapkan salam dan Aat hilang dari pandangan, aku seperti biasa melangkah di dalam stesen itu membeli tiket untuk pulang ke Batu Pahat.

Dalam perjalanan pulang di dalam bas, aku teringat yang Ustaz Ariff ada sebut sesiapa yang berminat nak menyambung pengajian ke Mesir, boleh menyediakan segala benda yang diminta (salinan I/C, pasport, isi borang yang diberi, gambar, salinan sijil-sijil, bayaran-bayaran dan sebagainyalah) dan serahkannya pada perjumpaan kedua nanti (satu date dalam Mei 2010 nanti). Hmmmmm…tengoklah macam mana nanti yer ustaz kalau ada hati aku nie nak ke sana…hehe!

Terlena pula aku dalam perjalanan…..

No related posts.

Related posts brought to you by Yet Another Related Posts Plugin.

Tags: , , , , , ,

2 Comments

(Required)
(Required, will not be published)

Conteng Ape Baru-Baru Nie??