Posts Tagged ‘kaherah’
Sunday, April 17th, 2011
Semalam aku pergi ke City Stars bersama dengan beberapa kawan aku. Saja jalan-jalan cari makan. Time itu memang tengah lapar. Kalau aku ke City Stars ini, memang comfirm hanya nak berkunjung ke Stars Centre, sebuah shopping mall yang besar gila. City Stars? Stars Centre? Jangan keliru dengan kedua-duanya. City Stars ialah sebuah kompleks yang besar yang terdapat di dalamnya pelbagai benda antaranya hotel-hotel, bangunan-bangunan pejabat, pusat perubatan, pusat hiburan dan benda-benda lain lagi termasuklah pusat beli-belah Stars Centre ini.

Salah satu pemandangan hotel di City Stars

Kalau nak tahu, Stars Centre ini merupakan shopping mall kedua terbesar di Timur Tengah selepas Dubai Mall (yang dua kali ganda lebih besar dari Stars Centre ini dan terbesar di dunia…fuuwahhh!!). Aku sendiri pun tak habis round lagi Stars Centre ni. Mempunyai 7 gerbang pintu keluar masuk yang belum juga aku keluar masuk semuanya..hehe. (more…)
Tags: city stars, combo, dubai mall, kaherah, makan, mall, panda house, shopping, stars centre
Posted in Aku Dan Mesir | No Comments »
Saturday, August 21st, 2010
Bermain dengan perasaan…..

Segalanya berlalu dalam sekelip mata. Tanpa aku sedari, masa telah berjalan dengan pantas. Aku juga tahu permohonan yang aku buat menggunakan SPM yang lalu telah menerima maklum balas. Aku diterima untuk sambung belajar di sebuah institusi namun aku abaikan juga kerana aku juga rasa apa gunanya aku ada STAM tapi aku tidak menggunakannya. Oleh itu, aku mengharapkan juga permohonan aku melalui STAM menerima maklum balas yang baik.
Namun, dalam aku menunggu ini, aku selalu bayangkan bagaimana agaknya kalau aku belajar di Universiti Al-Azhar itu. Walaupun sebelum ini aku selalu juga mendengar kisah ustaz-ustaz aku dan senior-senior aku yang belajar di sana, tapi waktu itu hanya mendengar sekadar suka dan tiada keinginan untuk ke sana. Tapi, di kala waktu ini, aku merasakan sesuatu kelainan dalam mainan perasaan aku. Andai aku mengimbau kembali cerita-cerita mereka itu, aku seperti tertambat dengan jambatan perasaan yang menghubungkan aku di sini dan hujungnya di sana. Sedikit demi sedikit, lahir akan keinginanku untuk ke sana.
(more…)
Tags: al-azhar, cairo, kaherah, maahad johor, road to al-azhar, stam, universiti al-azhar
Posted in RoAd To Al-AzHaR, CaiRo | No Comments »
Thursday, August 12th, 2010
Info Dari Aat…

Selang beberapa hari selepas aku mengambil result STAM di sekolah, aku mendapat maklumat daripada Aat berkenaan satu perjumpaan yang diadakan di Maahad Johor. Di dalam perjumpaan ini, mereka yang hadir akan diberikan penerangan berkenaan pengurusan pengajian ke Universiti Al-Azhar. Penerangan ini disampaikan oleh seorang pendidik di Maahad Johor itu sendiri yang aku kenalnya sebagai Ustaz Ariff. Beliau memang sudah berpengalaman dalam menguruskan pelajar-pelajar yang hendak menyambung pengajian di sana.
(more…)
Tags: al-azhar, cairo, kaherah, maahad johor, mesir, stam, universiti al-azhar
Posted in RoAd To Al-AzHaR, CaiRo | 2 Comments »
Monday, August 2nd, 2010
Result Aku dan Diorang..??

Mataku masih lagi tercegat di situ. Haha…Jayyid!!! Macam tak percaya jer dapat Jayyid. Uhq…sedikit terkesima juga sebab Jayyid Jiddan yang diura-ura semalam tidak menjadi kenyataan..haha!! (buat cerita jer budak-budak nie…hahaii) Tapi apa pun, Alhamdulillah…aku masih tetap bersyukur dengan apa yang aku dapat nie. Dapat Jayyid nie pun kira OKlah juga kan? Daripada gagal atau lulus cukup makan seperti yang aku bayangkan…hahaii!!
(more…)
Tags: al-azhar, cairo, kaherah, mesir, peperiksaan STAM, road to al-azhar, stam, universiti al-azhar
Posted in RoAd To Al-AzHaR, CaiRo | 4 Comments »
Sunday, July 25th, 2010
Result ohh result…..

Mac, 2010
Sudah lama berlalu hari terakhir aku mengambil STAM. Namun hari ini tiba seperti tiba-tiba…haha! Macam tak terasa masa berlalu dengan pantas. Kenapa dengan hari ini pula? Yupz! Hari ini adalah hari terakhir pula aku menunggu keluarnya result STAM yang diambil tahun lepas. Berdebar-debar jer nak tunggu keesokan harinya. GULP!! Entah apa yang aku akan dapat nanti dalam result tu. Gagal ke? Lulus ke? Gagal ke? Haihh!! Bertambah resah aku memikirkannya.
Sangatlah malang juga kerana aku tidak dapat pergi ke sekolah esok untuk mengambil result tersebut. Kebetulan pula esok aku ada test dengan JPJ. Aku hanya kena menunggu panggilan daripada mana-mana rakan kelas aku yang pergi mengambil result esok sajalah…heh!
(more…)
Tags: al-azhar, cairo, kaherah, mesir, peperiksaan STAM, result stam, road to al-azhar, stam, universiti al-azhar
Posted in RoAd To Al-AzHaR, CaiRo | 3 Comments »
Friday, July 23rd, 2010
Kyahhhhhhh!!!!! Exam STAM Sudah Mariiiiii!!

Haiyaaa!! Pejam celik pejam celik, tengok-tengok dah sampai tarikh exam STAM aku. Macam tak terasa jer masa nie berlalu dengan pantas. Yang aku nie pula, entah dah betul-betul bersedia ke belum nie nak masuk dewan peperiksaan besok. Kalau boleh macam nak masa nie di panjangkan lagi sehingga ke tahun depan supaya aku boleh belajar, menghafal, mengerti sebelum jawab paper STAM nie. Tapi kalau dipanjangkan sekali pun, belum tentu aku nie belajar betul-betul. Entah-entah sama jer macam tahun nie. Awal tahun punyalah azamnya kukuh mahu belajar bersungguh-sungguh untuk STAM nie, tapi makin lama makin hampeh dan lebur juga azam tu. Habis lubang sana sini azam yang ditanam itu…hahaii~
(more…)
Tags: al-azhar, cairo, kaherah, maahad johor, mesir, peperiksaan STAM, universiti al-azhar
Posted in RoAd To Al-AzHaR, CaiRo | No Comments »
Tuesday, July 20th, 2010
Wahhhh!! Penatnyaaaaaa………

2 minggu sebelum Hari Guru (2009)
“Assalamualaikum. Ustaz nak mintak pelajar STAM tolong handlekan Sambutan Hari Guru tahun nie boleh yer? Kitorang guru taknak campur apa-apa, just datang and relex.” Dengan selambanya Ustaz Anuar singgah depan pintu kelas dan menyampaikan pesanan ringkas tersebut.
“Pe lagi Munir, kau lar yang jadi Pengerusi. Kitorang bukan reti sangat nak buat benda macam nie. Kitorang tolong-tolong jadi AJK jela ok.” Lebih selamba lagi kawan aku sorang nie.
Wahhhh!!! Tak pasal-pasal aku dilantik secara tak rasmi. Suruh budak-budak kelas aku nie, semua main tolak-tolak. Siap bagi alasan macam-macam. Kalau aku pun nak tolak, dah takde oranglah jawabnya nak bertanggungjawab dengan benda nie. Alamatnya, malulah kitorang sebagai pelajar paling senior dengan semua guru. Nak taknak kena jugalah aku terima. Heh!
(more…)
Tags: al-azhar, cairo, hari guru, kaherah, peperiksaan STAM, persembahan hari guru, road to al-azhar, stam, universiti al-azhar
Posted in RoAd To Al-AzHaR, CaiRo | 2 Comments »