Posts Tagged ‘shopping’

Panda House at Stars Centre, City Stars!!! Thumbs up!!!

Sunday, April 17th, 2011

Semalam aku pergi ke City Stars bersama dengan beberapa kawan aku. Saja jalan-jalan cari makan. Time itu memang tengah lapar. Kalau aku ke City Stars ini, memang comfirm hanya nak berkunjung ke Stars Centre, sebuah shopping mall yang besar gila. City Stars? Stars Centre? Jangan keliru dengan kedua-duanya. City Stars ialah sebuah kompleksĀ  yang besar yang terdapat di dalamnya pelbagai benda antaranya hotel-hotel, bangunan-bangunan pejabat, pusat perubatan, pusat hiburan dan benda-benda lain lagi termasuklah pusat beli-belah Stars Centre ini.

 

Salah satu pemandangan hotel di City Stars

Kalau nak tahu, Stars Centre ini merupakan shopping mall kedua terbesar di Timur Tengah selepas Dubai Mall (yang dua kali ganda lebih besar dari Stars Centre ini dan terbesar di dunia…fuuwahhh!!). Aku sendiri pun tak habis round lagi Stars Centre ni. Mempunyai 7 gerbang pintu keluar masuk yang belum juga aku keluar masuk semuanya..hehe. (more…)