Me…???
Nama sebenar Muhamad Munir Bin Mohamad Razip. Biasa dipanggil atau dieja dengan Munir / Muneer / Neer dan apa-apalah asal tak mengguris hati yang bak kata orang hati tisu…muahaha. Merupakan anak sulung dalam famili daripada 9 adik-beradik. Menetap di Batu Pahat.
Tak boleh nak cite apa-apa sangat pasal dunia blog nie coz masih baru sangat & masih hijau lagi dalam dunia blogging nie. So, masih banyak lar tunjuk ajar yang perlu dipinta…huhu.
Actually diri ini seorang yang pemalu lar jugak..haha!! Lidah rasa macam terkelu gitu bila berhadapan ngan seseorang yang jarang jumpa atau belum kenal. Sampai kadang-kadang orang tu pun leh pikir yang empunya diri ini sombong orangnya sebab taknak berbual. Haish…apa punya susah lar!! Honestly memang nak sangat bergaul ngan semua orang disekeliling tak kira sesiapa tapi tak terdaya kerana dibatasi kelemahan diri ini sendiri…hukhuk. Rasa kadang-kadang macam jealous jer tengok orang lain senang bergaul atau menjadi peramah. Nak jugak jadi macam tu…maybe keyakinan and confident dalam diri tu yang takde….mintak maaf atas kekurangan diri ini….hmmmz
Ok lah…tutup sudah cerita yang macam nak mintak simpati tu….huhu
Sedikit latar belakang penerimaan pendidikan yang boleh diceritakan:
- Mula menimba ilmu di tadika yang bertempat di Batu Pahat. (hahaha…x ingat pulak nama tadika nie. Tapi rasanya ada 2 tadika).
- 1998-2000, mula memasuki alam persekolahan rendah di Sekolah Kebangsaan Temenggong Ibrahim Penggaram ( SKTIP ) di Batu Pahat. Menuntut dari darjah satu sehingga darjah 3 sahaja. (bukan belajar takat tu jer tau…haha).
- Pada tahun 2001, berpindah ke Sekolah Kebangsaan Bukit Soga, Batu Pahat. Berpindah kerana berpindah rumah. Hanya sempat menuntut selama setahun sahaja di sekolah ini. ( darjah 4 ).
- Kemudian telah berpindah sekali lagi ke Madrasah Tahfiz Al-Iman yang bertempat di Taman Universiti, Skudai. Menimba ilmu di sini selama 2 tahun ( 2002- 2003 ) iaitu ketika darjah 5 dan 6.
- Kemudian sekali-kali lagi, berpindah sekolah ke KL pada tahun 2004. Menuntut di sebuah tempat yang diberi nama BAB AL-KAUTSAR ketika mula melangkah ke alam persekolahan menengah. Hanya setahun di sini.
- Dan untuk sekian berkali-kalinya, pada tahun 2005-2009, alam sekolah telah berjaya ditamatkan di Sekolah Menengah Islam At-Tahfiz, Pasir Gudang. Bermula daripada tingkatan 2 sehinggalah tingkatan 6.
Sedikit pencapaian (yang tak lah seberapa hebat mana pun kalau nak dibandingkan ngan orang lain) yang diterima sepanjang menimba ilmu di alam persekolahan untuk dikongsi:
- UPSR- 3A 2B
- SMRA ( Sijil Menengah Rendah Agama ) – pangkat Jayyid Jiddan ( boleh difahami sebagai Sangat Baik atau B lar).
- PMR- 7A 1B 1C
- SMA ( Sijil Menengah Agama ) – pangkat Jayyid Jiddan juga.
- SPM- Amek 12 subjek. x ingat pulak secara keseluruhannya. Yang ingat ada 4A , 6 kredit dan 2 lulus.
- STAM ( Sijil Tinggi Agama Malaysia ) – Pangkat Jayyid ( boleh difahami sebagai Baik atau C lar ).
InsyaAllah…selepas ini pula, jika tiada aral pantang, akan menyambung pengajian ke Universiti Al-Azhar, Mesir.
Begitulah alkisahnya pendidikan yang baru takat mana jer nie….dengan muka yang selalu berpindah-randah sekolah nie. Tapi apa yang pasti, perpindahan-perpindahan ini memberi banyak makna dalam diri ini. Pelbagai peristiwa, pengalaman, kejadian dan segala macam pelanduk dua serupa dengannya, ada yang manis, pahit, tak tinggal suka dan duka, riang dan gembira, hampa dan lara, semuanya terlalu bererti kerana menjadi penambah perisa dalam rencah kehidupan, mewarnai dan menghiasi lagi diari kehidupan ini.
Terima kasih kerana sudi membaca profile ini. Salam perkenalan, ikhlas dari Munir, pemilik Munirworld.com.
Welcome to Munirworld.com.
Ahlan Wa Sahlan Wa Marhaban Bikum!!!
